26 June 2018

Pulau Pinang mahu tingkatkan pengeluaran padi, sasar 7 tan sehektar


SHABANI Ismail (paling kiri) dan Ustaz Muhasdey Muhamad (paling kanan) mengiringi Khalid Mehtab Mohd Ishaq (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada penerima, dalam majlis sambutan Hari Pelanggan & Hari Ladang Peringkat SPU di Bertam, tengah hari tadi. 


Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Jabatan Pertanian Negeri percaya Kempen Pengeluaran Padi 7 tan sehektar di Pulau Pinang mampu dicapai pada tahun ini, kata Timbalan Pengarahnya Shabani Ismail.

"Sesetengah orang kata susah nak capai (pengeluaran padi tujuh tan sehektar), tapi sebenarnya kita (Jabatan Pertanian Negeri) telah buat di petak-petak demo kita, dengan teknologi yang bersangkut-paut dengan organik, menunjukkan hasil yang tinggi

"Sekarang ini, hasil padi sebanyak 5.84 tan sehektar," ujarnya pada Majlis Sambutan Hari Pelanggan dan Hari Ladang Peringkat Daerah dekat Pejabat Pertanian Seberang Perai Utara (SPU) di sini 26 Jun 2018.

Justeru tambah Shabani, Bahagian Pengembangan di Jabatan Pertanian Negeri senantiasa mencari jalan untuk membantu para petani meningkatkan hasil pengeluaran padi masing-masing.

"Banyak cabaran perlu kita perkukuhkan...perlu melaksanakan khidmat untuk penyatukan para petani dalam sektor padi.

"Kalau petani tak bersatu, penanaman padi tak boleh buat baik, dan hasil akan berkurangan," jelasnya.

Turut berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq mewakili Exco Kesihatan, Pertanian & Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar, Dr. Afif Bahardin.

Hadir sama, Ustaz Muhasdey Muhamad, iaitu Pegawai Khas Kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus