25 June 2018

MPSP anjur pertandingan rakam gambar tarikan Sungai Perai, hadiah RM1,000




Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA, 25 JUN - Masuk tahun ketiga penganjuran Aspiring Seberang Perai Photography (ASPP) Awards 2018 kembali lagi, mulai 1 Julai hingga 28 September ini.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Dato' Sr. Rozali Mohamud memberitahu pertandingan merakam gambar tarikan kali ini adalah anjuran bersama dua firma korporat iaitu ThinkCity dan Spirit Of Perai.

"Ini merupakan suatu pendekatan kreatif, kalau pihak lain mereka menggunakan konsultan untuk promosi lokasi mereka dalam industri pelancongan, tapi kita gunakan (kreativiti) penduduk kerana kita percaya penduduk (tempatan) mestilah lebih menghargai alam semula jadi (setempat)," jelasnya dalam sidang media selepeas mempengerusikan Mesyuarat Penuh di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Hadir sama, Setiausaha Perbandaran, Ir. Rosnani Mahmod serta barisan Ahli Majlis bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Rozali memberitahu tema pertandingan kali ini adalah 'My Sungai Perai' dengan #MySungaiPerai sebagai tanda pagar di media sosial.

Difahamkan, pertandingan dibuka untuk kategori Profesional, Penduduk Kelahiran Seberang Perai, Pelajar berusia 13 hingga 20 tahun dan ketegori peserta media sosial melalui instagram. 

RM1,000 merupakan hadiah paling lumayan untuk kategori profesional.

Segera muat turun borang penyertaan pertandingan dari laman web http://www.mpsp.gov.my dan www.aspiring.photography.  

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus