25 June 2018

MPSP dapatkan maklum balas penjaja Pasar Awam BM sahaja, respons YDP




Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

SEBERANG JAYA, 25 JUN 2018 - Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bercadang memindahkan Pasar Awam Bukit Mertajam ke lokasi baru, dekat Jalan Pegawai.

Mengulas lanjut, Yang di-Pertua MPSP, Dato' Sr. Rozali Mohamud memberitahu setakat ini pihaknya baru mendapatkan maklum balas lanjut daripada penjaja-penjaja berwajib sahaja, mengenai cadangan tersebut.

"Setakat ini baru minta pandangan," respons Rozali kepada pemberita, selepas mempengerusi Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini tengah hari tadi.

Rozali memberitahu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telahpun meluluskan RM20 juta untuk pemajuan sebuah pasar awam baru.

"Jadi, sebelum kita (MPSP) membuat penyediaan pelan, kita minta pendapat mereka (penjaja Pasar Awam Bukit Mertajam) dahulu," jelasnya.

Tambah beliau lagi, hasil pada kajian lapangan yang City of Yokohama dalam menyiapkan pelan rekabentuk semula bandar Bukit Mertajam terhadap penduduk tempatan antara lain bersetuju dengan pemindahan Pasar Awam Bukit Mertajam tersebut.

Pada Februari 2016, MPSP bersetuju untuk saling bekerjasama dengan City of Yokohama, Jepun, dan Think City Sdn. Bhd. (ThinkCity) serta beberapa agensi lain dalam menyediakan penyediaan pelan rekabentuk semula bandar lama tersebut.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus