14 June 2018

Kenapa Malaysia perlu wujudkan industri Renewable Energy, semacam China?




SEPAGIAN di kampung Mak Mentua dekat Baling, Kedah, saya menghabiskan masa membaca, antaranya How is China’s energy footprint changing?

Lalu saya menulis di Facebook, selain di blog kecil ini. 

Natizen, ramai merungut apabila penstabilan harga minyak tidak seperti diharapkan oleh mereka. 

Apabila harga gas juga turut meningkat, bertambah lah pertikaian mereka terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan.

Bagi saya, jalan terbaik dalam isu berbangkit ini bukanlah meningkatkan peruntukan subsidi, supaya harga pasaran lebih murah.

Tapi, mengurangkan kebergantungan kita pada tenaga daripada sumber minyak dunia itu sendiri.

Di China, pentadbrian Presiden Ji Xinping sedang tekun memperkayakan industri tenaga diperbaharui (RE) terutama daripada kincir angin dan pelan solar matahari.

Dahulu, China pelan mengeluarkan kereta elektrik nasional sejajar dengan polisi hijau ini.

Sekarang, negara tembok besar itu gigih membina jajaran keretapi peluru dengan menggunakan tenaga elektrik. 

Ya...polisi Moving People Not Car di negara itu lebih bergantung pada RE ini, sekaligus kurang bergantung pada bahan api petroleum.

Di Malaysia, Kerajaan Persekutuan terdahulu  melaksanakan rasionalisasi subsidi (baca: potong subsidi termasuk pada minyak).

Kerajaan Persekutuan hari ini berjanji untuk menstabilkan harga minyak, setakat ini peruntukkan subsidi tentu lah mesti ditambah lagi supaya harga jualan minyak domestik lebih rendah.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-7 berhasrat untuk mengeluarkan satu lagi jenama kereta nasional, kita semua boleh membayangkan bahawa pelan sistem pengangkutan di tanah air itu akan terus bergantung pada penggunaan petrol (memandangkan Malaysia dilihat memang tak serius pun menggunakan kereta elektrik).

Kalau serius menggunakan kereta elektrik pun ketika ini, ia semacam tidak progresif kerana sekadar menambahkan lambakan kenderaan peribadi atas jalan.

Di sini lah peri penting industrilisasi kapital oleh Kerajaan Persekutuan dalam memajukan jajaran pengangkutan moden seperti ECRL, HSR MRT III serta LRT (sebagaimana disyor dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, Penang TMP).

Faedahnya adalah serampang dua mata. 

Pertama, menangani cabaran trafik sesak di atas jalan raya melalui pelaksanaan polisi Moving People Not Car.

Kedua, mengurangkan kebergantungan pada tenaga daripada sumber Petrol, kepada RE seperti China.

Ini belum ambil kira pulangan hasil jika Kerajaan Persekutuan Malaysia sendiri membina industri RE negara, seperti China.

Dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak telah menubuhkan PETRONAS dan sehingga kini hasil industri itu menyumbang pada pendapatan negara.

Bayangkan jika Kerajaan Persekutuan berbelanja lebih untuk membina industi RE negara.

Cadangan mewujudkan industri RE negara ini lebih progresif berbanding hasrat Dr Mahathir nak buat “Proton 2.0”.

Paling tak progresif apabila Perdana Menteri Malaysia itu berhasrat meminjam dalam mata wang asing Yen dari Jepun, sebab nak langsai hutang negara melebihi RM1 trilion kononnya. 

Bayangkan!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus