15 June 2018

Kenapa pinjaman negara dari Jepun lebih berisiko berbanding China?


FAQAR & Ila pada pagi ini sebelum solat sunat Aidilfitri di kampung mentua dekat Baling Kedah. Salam sayang buat #InsyirahSolehah yang beraya di Kundang Ulu, Muar iaitu kampung Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan.


KALAU Datuk Seri Najib Tun Razak waktu menjadi Perdana Menteri dahulu pun mempunyai hasrat meminjam berpuluh bilion Yuen daripada Pemerintahan Republik Rakyat China.

Apalah salah kiranya nya Perdana Menteri Ke-7 hari ini, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat membuat pinjaman asing dalam Yen daripada Kerajaan Jepun? 

Astro Awani melaporkan pinjaman Yen Jepun itu untuk membayar balik hutang negara (national debt) yang didakyah melebihi RM1 trilion, semacam bayar hutang kad kredit dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Secara umum walaupun kedua-dua adalah pinjaman dalam mata wang asing, namun akhir jumlah bayaran balik oleh Kerajaan Malaysia kepada kedua-dua negera itu adalah tidak sama.

Pinjaman daripada China menggunakan Renmenbi Yuen, menurut perjanjian kadar faedah 3.25%, penangguhan pembayaran selama 7 tahun (grace period), tempoh bayar balik pinjaman selama 20 tahun (loan period).

Satu lagi inti utama mengikut Renmenbi Yuen ini adalah tukaran kadar tetap ikut pada hari perjanjian dimeterai dan bukanlah ikut kadar tukaran asing semasa. 

Contoh: nisbah nilai 1 Yuen bersamaan 0.62 Ringgit Malaysia pada hari perjanjian dimeterai secara bilateral, maka selepas tujuh tahun ketika pembayaran mula dibuat, ia tetap dalam nilai itu walaupun mungkin ada perbezaan naik turun pada nilai kedua-kedua mata wang negara.

Ertinya, Malaysia tidak akan terdedah pada risiko spekulasi tukaran mata wang waktu proses pembayaran balik dimulakan, tidak kira lah dalam keadaan nilai Ringgit Malaysia naik atau turun kelak.

Pinjaman Yen Jepun adalah tidak sama dengan pinjaman dari Jepun menggunakan Renmenbi Yuen.

Ertinya, pinjaman dalam Renmenbi Yuen dari China sebenarnya adalah lebih ‘selamat’ berbanding pinjaman dalam Yen Jepun. 

Pinjaman dari Jepun tidak ada kadar tukaran tetap, seperti sistem Renmenbi Yuen.

Betapa risikonya pinjaman Jepun boleh dilihat dalam sejarah pelaburan negara dengan Matahari Terbit pada tahun 1994 dulu.

Contoh, Malaysia pada 19 Julai 1994 menerima pinjaman Yen 61.518 bilion (RM2.19 bilion) untuk biaya projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 


Maka di sini, tentu kita bertanya sekali lagi, apakah padahnya jika Kerajaan Persekutuan Malaysia meminjam dalam Yen Jepun yang tidak berdasarkan tukaran kadar tetap (fixed rate exchange)?

Dulu, apabila nilai mata wang Yen berbanding Ringgit meningkat hampir sekali ganda dalam waktu pembayaran balik hutang oleh Kerajaan Malaysia ketika itu, mengakibatkan jumlah pembayaran balik meningkat hampir sekali ganda. 

Kalau ditanya kepada saya, tentulah pinjaman dalan Yen Jepun adalah lebih berisiko berbanding Renmenbi Yuen.

Selepas membaca ulasan serta komentar di Facebook Khairul Azri, saya juga berpendapat paling bagus Kerajaan Malaysia meminjam dalam RM daripada Depositors Guaranteed di tanah air ini seperti KWSP dll.

Jangan percaya dakyah Dr Mahathir kononnya Malaysia akan bankrap kerana hutang negara melebihi RM1 trilion.

Itu hanya dakyah untuk mengolah persetujuan rakyat, supaya menerima semua amalan ekonomi neoliberal serta dasar penswastaan yang ternyata menguntungkan segelintir kroni kapitalis sahaja. 


Dengan Rizab antarabangsa BNM sehingga 15 Ogos, 2017 bernilai berjumlah AS$100.4 bilion atau RM431 bilion, berbanding AS$99.4 bilion pada 31 Julai, 2017, adakah BNM tidak boleh mempertahan kepentingan serta hutang pelaburan berkaitan kerajaan persekutuan jika dalam RM?

Itu, belum mengambil kira “dana tabung negara” seperti RM721 bilion aset KWSP umpamanya, wajar untuk ‘pelaburan paling selamat’ dengan membeli bon korporat yang diterbitkan dengan jaminan kerajaan.

Dalam projek ECRL umpamanya, meminjam dalam Remenbi Yuen, mungkin sebab membabitkan pemindahan t ekonomi Mechatronics dari negara Tembok Besar itu ke Malaysia. 

Dr Mahathir hanya nak pinjam Yuen Jepun sebab nak langsai hutang negara, berbaloi? Jawapannya, tidak!

Kalau Kerajaan Persekutuan hari ini takut berbelanja lebih (belanja defisit) kerana takut angka hutang negara meningkat, sebenarnya boleh melalui GLC terbit bon korporat.

Bayangkan!


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus