Ada dua metodologi:
A. Ulamak Hanafi
B. Jumhur Mutakallimin
Menurut Mazhab Hanafi, ada empat bahagian:
1. Ibarat Al-Nas
Iaitu petunjuk lafaz kepada makna yang dimaksudkan, sama ada maksud itu asli atau tidak.
Contoh: Nas Poligami
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ
Maksud:
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."
[Surat An-Nisa' 3]
Maksud Asli:
Ayat ini menghadkan bilangan isteri sampai empat sahaja.
Makna Tidak Asli:
Ayat ini menjelaskan keharusan bernikah
2. Isyarat Al-Nas
Iaitu, petunjuk lafaz pada makna yang tidak dimaksudkan oleh lafaz sama sekali, tetapi ia adalah makna lazol bagi makna yang sabit secara Isyarat al-Nas.
Contoh: Bersetubuh Di Siang Ramadan
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ
Maksud:
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu..."
[Surat Al-Baqarah 187]
Maksud secara Ibarat al-Nas:
Keharusan untuk bersetubuh dengan isteri pada malam hari berpuasa hingga masuk waktu Subuh.
Maksud secara Isyarat al-Nas:
Kemestian seseorang itu berpuasa atau memulakan berpuasa pada hari tersebut, walaupun dia masih belum mandi wajib (berjunub).
3. Dalalah Al-Nas
Iaitu, petunjuk lafaz melalui hukum yang diterangkan kepada hukum yang tidak diterangkan kerana ada persamaan 'illat antara kedua-duanya. (mirip Qiyas kalau menurut Jumhur Mutakallimin)
Contoh: Haram Makan Harta Anak Yatim
إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
Maksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala."
[Surat An-Nisa' 10]
Maksud secara Ibarat Al-Nas:
Ayat ini menjelaskan hukum haram makan harta anak yatim secara zalim
Maksud secara Dalalah Al-Nas:
Ayat itu turut mengharamkan tindakan memusnahkan, membakar, merosakkan, atau menyalahgunakan harta anak Yatim, kerana ia termasuk maksud memakan harta anak yatim secara zalim.
4. Iqtida' Al-Nas
Iaitu, petunjuk lafaz kepada makna yang tidak disebut, tetapi diperlukan untuk kebenaran sesuatu ucapan.
Contoh 1: Perempuan yang haram dinikahi
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surat An-Nisa' 23]
Maksud secara Ibarat Al-Nas:
Ayat ini ialah pengharaman zat ibu, sedang pengharaman sesuatu hendaklah dengan perbuatan mukalaf.
Maksud secara Iqtida' Al-Nas:
Difahami ia adalah haram berkahwin dengan perempuan-perempuan yang disebut dalam ayat di atas.
Contoh 2: Haram Makan Babi
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)..."
[Surat Al-Ma'idah 3]
Maksud secara Ibarat Al-Nas:
Ayat ini menjelaskan bahawa haram (secara zat) atas bangkai, darah dan daging babi.
Maksud secara Iqtida' Al-Nas:
Ayat ini menjelaskan bahawa pengharaman di sini hanyalah perbuatan memakan atau mengambil manfaat daripadanya (seperti tolong jual tapi tak makan).
Ini kerana, arahan pengharaman suatu adalah berkaitan perbuatan mukalaf (orang Islam) dan bukanlah berkaitan dengan zat sesuatu (bangkai, darah dan daging babi) semata-mata.
METODOLOGI JUMHUR MUTAKALLIMIN DALAM AD-DALALAH AKAN KITA BINCANG PADA KESEMPATAN LAIN.
Wallahu 'alam.
Zainulfaqar Yaacob
Seberang Jaya
28 Januari 2016 | 9.28 malam
#UlangKaji #UsulFiqh
boleh saya tahu rujukan yang digunakan?
ReplyDelete