27 June 2018

Exco harap pelantikan 48 Ahli Majlis tingkat lagi kecekapan tadbir urus PBT


BARISAN ahli majlis bagi kedua-dua PBT Pulau Pinang merakamkan gambar bersama-sama Ketua Menteri dan Jagdeep Singh Deo, dalam majlis ringkas di Komtar pada tengah hari 27 Jun 2018.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Jagdeep Singh Deo hari ini mengumumkan 48 senarai nama yang akan dilantik sebagai Ahli Majlis bagi kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang untuk tempoh 18 bulan, mulai 1 Julai 2018 hingga 31 Disember 2019.

Bercakap kepada pemberita, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan berharap mereka yang dilantik dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagaimana dikehendaki oleh pelanggan, iaitu rakyat.

“Yang paling penting dalam polisi-polisi yang telahpun digubal sebelum ini, saya ingin meningkatkan tahap efesyen, jadi itu adalah ekspektasi pertama saya terhadap semua ahli majlis,” jelas Jagdeep (gambar) di Auditorium A, Komtar pada tengah hari 27 Jun 2018.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang lain turut sertai majlis ringkas tersebut.

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat memberitahu, Istiadat Majlis Angkat Sumpah Terimaan Jawatan Ahli Majlis di Kompleks Ibu Pejabat MPSP pada 2 Julai jam 9 pagi, manakala majlis serupa bagi MBPP pula di Dewan Bandaraya pada 3 Julai jam 9 pagi juga.

Jagdeep memberitahu pelantikan semula Ahli Majlis pada kali ini membabitkan sembilan nama sahaja, sementara yang lain adalah muka baru daripada kalangan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negeri (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagi MBPP, seramai sembilan Ahli Majlis yang dilantik adalah daripada DAP, diikuti PKR (tujuh), Amanah (dua), PPBM (dua) dan NGO (empat).

Manakala bagi MPSP pula, seramai sembilan Ahli Majlis yang dilantik adalah daripada DAP, diikuti PKR (lapan), Amanah (dua), PPBM (dua) dan NGO (tiga).


Berikut adalah senarai Ahli Majlis MBPP:

1.Gerald Mak Mun Keong (DAP, kerjaya: peguam)

2. Gooi Seong Kin (DAP, pesuruhjaya sumpah)

3. Harvindar Singh A/L Darshan Singh (DAP, peniaga)

4. Kaliyappan A/P P. Renganathan (DAP, pengurus)

5. Rohaizat Hamid (DAP, bekerja sendiri)

6. Tan Hooi Peng (Connie) (DAP, bekerja sendiri)

7. Theng Jie Wey (Nicholas) (DA), peniaga)

8. Vino Dini A/P Chandragason Pitchy (DAP, pegawai hal ehwal pelajar)

9. Wong Yuen Harng (DAP, Ahli Majlis)

10. Ong Kean Peng (David) (PKR, peguam)

11. Francis A/L Joseph (PKR, perunding syarikat)

12. Shahrudin Mohamed Sahriff (PKR, peniaga)

13. Ahmad Azrizal Tahir (PKR, peniaga)

14. Nur Zarina Zakaria (PKR, pensyarah)

15. Aidi Akhbal Mohamed Zainon (PKR, pengurus)

16. Tan Seng Keat (PKR, pengurus)

17. Saiful Azwan Abd Malik (Amanah, Ahli Majlis)

18. Nurliyana Mohd. Ramzi (Amanah, guru)

19. Azahari Aris (PPBM, bekerja sendiri)

20. Azli Ibrahim (PPBM, pembantu peribadi kepada CEO)

21. Shung Yin Ni (Sophia) (NGO Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang, peniaga)

22. Dr. Chee Heng Leng (NGO Penang Forum, pesara)

23. Latifah Hussainsa (NGO Pertubuhan Kebajikan Wanita Prihatin, peniaga)

24. Hari Krishnan A/L Ramakrishnan (NGO Persatuan Belia Infiniti, jurutera)



Berikut adalah senarai Ahli Majlis MPSP:

1. Cheen Goon Hooi (Bernard) (DAP, pegawai khas kepada Ahli Parlimen)

2. David Marshel A/L Pakianathan (DAP, ahli politik)

3. Heng Yeh Shuan (DAP, ahli politik)

4. Jason Raj A/L Kirupanantha (DAP, pegawai seranta)

5. Khong Chee Seong (DAP, peniaga)

6. Kumaran A/L Krishnan (DAP, peniaga)

7. Ooi Yong Wooi (DAP, jurujual teknikal)

8. Tan Chee Teong (DAP, Ahli Majlis)

9. Tan Cheong Heng (DAP, Ahli Majlis)

10. Zaini Awang (PKR, pesara)

11. Mohamad Akmal Azhar (PKR, bekerja sendiri)

12. Shuhada Abdul Rahim (PKR, berniaga)

13. Ong Jing Cheng (PKR, bekerja sendiri)

14. Anuar Yussoff (PKR, bekerja sendiri)

15. Dr. Seow Kweng Tian (PKR, pengarah syarikat)

16. Johnson A/L Anthonysamy (PKR, perunding)

17. Mohd Sharmizan Mohamad Nor (PKR, bekerja sendiri)

18. Zulkiply Ishak (Amanah, ahli politik)

19. Mohd. Saifullah Abd Nasir (Amanah, jurutera awam)

20. A'ziss Zainal Abdiddin (PPBM, pengurus syarikat)

21. Marshidaliza Marzuki (PPBM, berniaga)

22. Wong Chee Keet (NGO Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang, ketua pengurus eksekutif)

23. Kang Yau Chuang (Cameron) (NGO Penang Forum, pengurus)

24. Tengku Rasidah Tengku Kamarudin (NGO Pertubuhan Kebajikan Wanita Prihatin, pegawai eksekutif).


END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus