25 June 2018

Tender abang-adik ECRL berpindah tangan kepada Taikun Vincent Tan


TUN Dr Mahathir Mohamad saling berpeluk dengan Taikun Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dalam satu majlis baru-baru ini.

MUNGKiN Menteri Kewangan hari ini iaitu Sdr Lim Guan Eng sahaja yang mempunyai iltizam politik melaksanakan tender terbuka, kerana sikapnya “anti tender abang adik” sejak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008 dulu. 

Free Malaysia Today pada 23 Jun 2018 melaporkan, Guan Eng berkata Kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan komited untuk merundingkan semula kos Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Pentadbiran terdahulu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek tersebut bernilai kira-kira RM55 bilion, tetapi seorang anggota Majlis Penasihat Ekonomi kepada kerajaan telah mencadangkan bahawa jumlah kos itu boleh mencecah RM70 bilion.

Yang pasti, penswastaan projek ECRL itu paling dinikmati oleh kroni Dr Mahathir. 

Pemegang saham terbesar T7 Global Bhd. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun sah memeterai perjanjian(MoU) dengan dua pihak lain, dalam projek ECRL.

Kedua-dua pihak itu adalah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) dan syarikat milik penuh BumiputeraCMC Engineering Sdn Bhd.

Bagaimanapun, China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd (CSCEM), anak syarikat China State Construction Engineering Corp Ltd, dikecualikan dalam pemeteraian MoU baru.

Walhal 20 Oktober 2017 dulu, dalam pemeteraian MoU asal meletakkan peranan CSCEM adalah sebagai rakan teknologi dalam perkongsian strategik untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek ECRL.

Memetik laporan berita TheEdgeMarkets.com, pihak T7  tidak menyebut alasan serta sebab-musabab beberapa pihak terbanyak memilih untuk memeterai MoU baru bagi projek sama.

Terdahulu, Dr Mahathir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 lagi, beberapa kali menyatakan hasrat untuk mengkaji semula status pelaksanaan ECRL.

Selepas itu, Dr Mahathir mengumumkan pembatalan projek berimpak tinggi seperti projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Transit Aliran Massa (MRT) Fasa 3, hatta menjejaskan  sentimen pelabur di pasaran tempatan dengan penurunan harian terbesar sejak krisis kewangan Asia pada 2008, lapor Berita Harian Online

Tidak sesiapa menyangka cakap-cakap Dr Mahathir ini sebenarnya membawa projek persekutuan ECRL berpindah tangan kepada kroni swasta. 

Dalam kenyataan berasingan, T7 bagaimanapun dilaporkan berdalih bahawa MoU baru akan memberi peluang kepada EPIC, CMC dan T7 untuk mewujudkan kerjasama berdasarkan kepakaran dan kekuatan pihak masing-masing. 

MoU itu akan sah selama 12 bulan.

Saham T7 ditutup tidak berubah pada 59 sen pada 14 Mac 2018, dengan membabitkan 2.38 juta syer saham, menjadikan permodalan pasaran sebanyak RM247.48 juta.

16 Mei, seperti dijangka, Vincent Tan yang mesra dengan Dr Mahathir muncul sebagai pemegang saham utama T7 Global Bhd dengan pengambilalihan 21 juta saham atau 5.04% kepentingan.

"Lembaga mengiktiraf Tan muncul sebagai pemegang saham yang besar dan yakin bahawa di bawah kepimpinan pasukan pengurusan eksekutif, kumpulan itu akan terus membuat kemajuan besar bagi syarikat itu," kata timbalan pengerusi eksekutif T7 Global, Tan Sri Tan Kean Soon dalam kenyataan berasingan kepada TheEdgeMarkets.com, 16 Mei 2018.

"Kami percaya terdapat peningkatan dalam perniagaan dan keupayaan kami untuk meningkatkan nilai kepada pemegang saham kami," katanya.

Dalam satu kenyataan dengan Bursa Malaysia hari ini, T7 Global berkata, hartawan tersebut telah membeli saham itu semalam menerusi urus niaga perniagaan langsung.

Saham T7 Global ditutup enam sen atau 15.38% pada 45 sen hari ini, dengan 8.33 juta saham yang diniagakan, untuk permodalan pasaran sebanyak RM171.98 juta.

Difahamkan, Vincent Tan merupakan pengasas dan pengerusi eksekutif Berjaya Corp Bhd., yang pernah mendapat projek Monorel-KL secara “tender abang adik” daripada Dr Mahathir sendiri waktu menjadi Perdana Menteri Ke-4, sebelum diselamatkan  (bail-out) oleh penggantinya Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah. 

26 Mei 2018 dulu lagi, di Facebook telah saya sebelum kalau saya jadi Perdana Menteri pun akan saya mula dakyahkan Malaysia akan bankrap sebagaimana dilakukan oleh Dr Mahathir. 

29 Mei 2018, saya tulis di Facebook lagi artikel Warkah Dari Dalam Jamban.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus