15 May 2018

Jangan percaya Loanable Fund Theory, doktrin Malaysia akan bankrap jika Kerajaan Pusat berbelanja lebih


PENULIS sebagai Emcee pada Ceramah Mega Terima Kasih Kepada Penyokong Pakatan Harapan, di Padang Kota Lama, George Town pada malam 15 Mei 2018 lepas. 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Secara teorikal, Loanable Fund Theory adalah merujuk pada kadar faedah ditentukan berdasarkan permintaan serta perbekalan dana pinjaman, dalam pasaran.

Dana pinjaman yang boleh digunakan termasuk lah semua bentuk kredit, seperti pinjaman, bon atau deposit simpanan.

Era 1930an dulu, ekonomis Dennis Robertson yang membawa doktrin ini.

Waktu itu, sistem mata wang British sendiri masih bersandarkan pada emas, bukan sistem mata wang fiat seperti hari ini.

Menurut Loanable Fund Theory ini, andaikan jumlah duit yang berdasarkan emas, dalam negara adalah RM100 bilion, kalau hutang terkumpul kerajaan telahpun mencecah RM60 bilion, maka yang boleh dibelanjakan hanya baki RM40 bilion itu sahaja.

RM40 bilion itu lah yang kerajaan wajib berbelanja secara berhemat; kalau sektor swasta berhasrat menggunakan dana pinjaman berbentuk kredit seperti pinjaman, bon atau deposit simpanan pun, adalah RM40 bilion itu juga lah.

Kerana, mereka percaya Ringgit Malaysia (RM) yang dicetak dalam pasaran adalah bersandarkan pada emas, bukan sistem mata wang fiat.

Kalau nak buat juga projek ECRL RM60 bilion, Kerajaan Pusat tak boleh buat, mesti kena ‘dijual’ kepada syarikat kroni kapitalis swasta. 

Andaikan Concortium Zainulfaqar (M) Berhad yang menang bidaan secara tender terbuka projek itu, lebih wajar kerajaan persekutuan hanya ‘menyokong’ kapitalis #bangsaPenang itu membuat pinjaman pelaburan asing daripada China serta melantik syarikat kontraktor 100% milik pemerintah negara itu.

Fahamnya di sini, melalui Loanable Fund Theory ini, rakyat didoktrin bahawa Malaysia akan bankrap jika kerajaan persekutuan berbelanja lebih ‘daripada yang sepatutnya’, seperti senario mudah di atas.

Bermuarakan pada teori ini, impak berantai lain, antaranya, lahirlah beberapa dakyah seperti di bawah:

1. Malaysia akan bankrap jika hutang persekutuan (dalam RM) melebihi 55% GDP.

2. Kerajaan tidak boleh berbelanja lebih, wajib menjimatkan perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan demi memastikan kewangan negara kembali ‘sihat’.

3. Dasar penswastaan demi mengurangkan kos pengurusan persekutuan serta meningkatkan hasil dalam bentuk hasil bukan cukai.

4. Penyingkiran kakitangan kontrak dalam sektor perkhidmatan awam demi mengurangkan belanja pengurusan kerajaan.

5. Bidaan projek projek pembangunan negara seperti ECRL, MRT, ETS dll secara tender terbuka atas dalih untuk memastikan sektor swasta lebih berdaya saing bersama-sama kerajaan. - Public, People, Private & Profesional (4Ps); dan banyak istilah bombastik lain.

Ambil contoh ECRL, Pakatan Harapan berhasrat untuk membatalkan projek keretapi peluru itu atas dalih politik, antaranya konon-konon supaya credit rating Malaysia tidak jatuh daripada AAA (mungkin) kepada A sahaja, disebabkan jumlah hutang persekutuan kian meningkat.

Faham sebegini adalah bermuarakan pada Loanable Fund Theory yang telah saya sebut di atas.

Kita diasak percaya dengan doktrin ini, lebih banyak pinjaman persekutuan maka lebih tinggi lah kadar interest yang akan dikenakan terhadap Malaysia.

Apabila saya melihat hutang terkumpul negara Jepun berbanding GDP adalah 240%, dengan kadar faedah adalah sifar, saya terfikir badan antarabangsa mana yang memberikan ‘kredit rating’ sebegitu?

Atau kredit rating sebegitu memang sengaja ditetapkan oleh Kerajaan Jepun, kerana memang ya Kerajaan mempunyai kuasa dalam menentukan dasar monetari (kewangan) serta dasar fiskal di negara tersebut?

Ya... kalau hutang terkumpul Jepun dalam mata wang Yuen mencecah 500% per GDP pun, negara itu tidak akan bankrap.

Ini kerana, Yuen adalah berdasarkan sistem mata wang fiat. 

Kalau Tuhan mencipta emas satu tan, memanglah ciptaan Tuhan itu tidak boleh dengan sendirinya dicipta oleh manusia menjadi 10 tan. Itu ciptaan Tuhan.

Tapi, mata wang fiat memang dicipta oleh manusia, berdasarkan kekangan perundangan serta kekangan kewangan yang dicipta oleh manusia sendiri, maka sebab itu Jepun tak akan bankrap.

Lain lah, jika hutang terkumpul Jepun itu adalah dalam mata wang asing, Dolar Amerika Syarikat umpamanya, maka barulah “kadar faedah ditentukan berdasarkan permintaan serta perbekalan dana pinjaman dalam pasaran antarabangsa” dan ‘credit rating’ ini relevan.

Maka di sini lah asas serta isu pokok - mengapa doktrin atau teori ‘loanable fund’ ini dipertikai, ditolak hatta disanggah, walaupun cuba diasak oleh segelintir puak kapitalis neoliberal di tanah air Malaysia ini. 

Berbalik isu hutang Malaysia yang secara atas kertas meningkat - sebenarnya sejak Merdeka 1957 pun saban tahun terus meningkat dan tidak turun secara mendadak pun - siapa sebenarnya yang memberi ‘credit rating’ kepada Malaysia? 

Penting sangatkah ‘credit rating’ ini untuk Malaysia walhal Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dalam menentukan dasar monetari dan dasar fiskal negara? 

Takkan pengiktirafan credit rating AAA daripada badan swasta atau firma antarabangsa penting sangat untuk Malaysia, sampai Kerajaan Persekutuan takut untuk berbelanja lebih dan takut hutang persekutuan dalam RM terus meningkat?

Soalan-soalan sebegini saya timbulkan kerana ekonomis muda Pakatan Harapan tertentu sebelum ini berdakyah ‘credit rating’ era rejim kleptokrasi dulu telah jatuh teruk kerana hutang persekutuan (dalam RM) meningkat secara mendadak dan Malaysia akan bankrap.

Saya sendiri tidak anggap bahawa Perdana Menteri Ke-7 Malaysia hari ini percaya Malaysia akan bankrap jika hutang persekutuan melepasi 55% GDP.

Ini kerana, dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, hutang persekutuan berbanding GDP tahun 1986 pernah direkodkan setinggi 106%.

Saya percaya Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan) hatta Tan Sri Zeti Aziz (bekas gabenor Bank Negara) sendiri sangsi dengan kebenaran doktrin atau teori ‘loanable fund’ ini. 

Apabila Dr Mahathir Mohamad masih menyebarkan dakyah kononnya pentadbriannya akan mengecilkan saiz kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan; atau nak ‘jual’ projek ECRL kepada syarikat kapitalis swasta, saya memikir satu sahaja.

Beliau hanya mahu mengolah persetujuan swasta, agar 1% kroni kapitalis menikmati untung terbanyak daripada pentadbiran beliau.

Kalau sangkaan saya ini hampir sahih, ertinya polisi ekonomi pentadbrian Kerajaan Persekutuan hari ini tidaklah memenuhi maksud progresif. 

Polisi Progresif ertinya mesti memberi untung kepada rakyat terbanyak berbanding segelintir puak.

Kalau pembaca di sini mula sangsi dengan teori ‘loanable fund’ ini, itu tandanya anda akan mula percaya doktrin ini sengaja dicipta oleh 1% puak kapitalis terkaya untuk melanyak 99% rakyat termasuk orang fakir miskin. 

Andaikan! Bayangkan!

Setuju? 

UNTUK RAKYAT TERBANYAK, BUKAN SEGELINTIR PUAK

For The Many, Not The Few | #ManifestoMerah

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus