Skip to main content

Apa yang menjangkaui faham ekonomi kita selain mengubah dasar fiskal & dasar monetari negara ‘secara kecil-kecilan’?


SEMPENA 1 Ramadan, Penulis sasar nak khatam balik hari ini kitab 23 Things They Don’t Tell You About Capitalism karya Ha-Joon Chang, di Pejabat Penerangan, KOMTAR. In sya Allah.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Wacana Ekonomi | Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) pada kenaan kadar sifar dilaksanakan mulai 1 Jun ini, sementara proses pemansuhan akta berwajib akan dilaksanakan dalam persidangan Dewan Rakyat nanti.

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat untuk melaksanakan kembali Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

Secara logik, langkah Putrajaya itu seakan menggambarkan anggaran hasil RM42 bilion daripada GST yang akan hilang, mesti diganti dengan sumber hasil yang lain, antaranya SST.

Selalu saya sebut, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang sangat luas, dalam menentukan dasar fiskal dan dasar monetari (kewangan).

Contohnya hasrat Dr Mahathir pada hari ini dilaporkan akan menyalurkan lebih subsidi demi memastikan harga bahan bakar minyak petrol agar kembali stabil serta tidak membebankan rakyat.

Secara ekonomi, meningkatkan perbekalan memang akan dilaksanakan demi mendepani kemelesetan ekonomi. 

Maka, selain memberi subsidi minyak, selepas ini mungkin Kerajaan akan meningkatkan subsidi pada komoditi asasi rakyat yang lain, demi memastikan harga barang turun.

Semua dasar fiskal sebegini, tidak dapat tidak memang akan membebankan kewangan negara, dan padan lah Tun memikirkan untuk pelaksanaan SST untuk menggantikan GST kelak. 

Sebenarnya mata wang fiat Ringgit Malaysia ini bukan dicipta oleh Tuhan, tapi dicetak oleh Kerajaan melalui Bank Pusat, berdasarkan kekangan perundangan dan kekangan kewangan yang dicipta sendiri oleh manusia.

Maka, Kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan dasar fiskal dan dasar monetari, dengan tidak masuk secara langsung dalam aktiviti ekonomi negara ataupun secara langsung.

Kerajaan Persekutuan boleh terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi dalam negara?

Jawapannya boleh. Contoh, Kerajaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menubuhkan “Penang Own State Bank”.

Penubuhan “Penang Own State Bank” ini 100% milik Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Sebuah bank pembangunan ini boleh menerbitkan kredit untuk fasilitisasi Program Perumahan Mampu Sewa Selesa di Pulau Pinang. 

Untuk membina 65,000 unit kediaman di bawah Program Perumahan Mampu Sewa Selesa di Pulau Pinang ini, PDC boleh menerbitkan Bon Jaminan Kerajaan.

Lazimnya bon ini akan dibeli oleh institusi kewangan kerana ia adalah pelaburan paling berisiko rendah dan ‘selamat’.

Tapi sekiranya bon ini tidak dibeli, Penang Own State Bank boleh membeli sendiri bon yang diterbitkan oleh PDC. 

Kalau Penang Own State Bank itu tidak mempunyai cukup kredit untuk membeli bon bagi Program Perumahan Mampu Sewa Selesa ini, institusi perbankan negeri tersebut boleh meminjam kredit daripada Kuala Lumpur Interbank Offered Rate  (KLIBOR).

Penang Own State Bank ini memang boleh membuat sebegitu, sebab itu saya kata “sebuah bank mampu terbit kredit tanpa kos”.

Sebab itu saya kata, “Ringgit Malaysia ini adalah wang fiat, bukan sesuatu yang dicipta oleh Tuhan” ataupun tidak dapat tidak mesti bersandarkan pada emas.

Apabila Program Perumahan Mampu Sewa Selesa ini dilaksanakan sendiri oleh Kerajaan Negeri, tentulah kerajaan boleh mengutip pelbagai hasil dalam bentuk cukai, hasil bukan cukai ataupun terimaan bukan hasil daripada projek mega tersebut.

Kalau Kerajaan Persekutuan terdahulu boleh mengutip lesen pemaju dan permit iklan (DLAP) daripada firma pemaju perumahan swasta sebelum ini, takkan pihak berkuasa negara itu tidak boleh mengutip lebih banyak hasil DLAP daripada PDC yang membina 65,000 unit kediaman di bawah Program Perumahan Mampu Sewa Selesa Pulau Pinang ini?

Jawapannya, tentu boleh.

Langkah Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang melaksanakan pemodalan secara besar-besarkan serta langsung (industrialization capitalism) dalam sektor perumahan negeri ini pasti akan menjana lebih banyak hasil kepada negara, berbanding anggaran hasil cukai GST mahupun SST.

Industrilisasi kapital ini ertinya Kerajaan secara langsung campurtangan dalam kegiatan ekonomi negara, dan ia adalah sesuatu yang menjangkaui amalan biasa dalam sejarah pentadbrian negara dengan mengubah dasar fiskal ataupun dasar monetari “secara kecil-kecilan”.

Bayangkan!

“UNTUK RAKYAT TERBANYAK, BUKAN SEGELINTIR PUAK

For The Many, Not The Few | #ManifestoMerah


____________
Tulisan ini asal adalah contengan santai di Facebook peribadi penulis.