14 April 2018

Perjanjian konsesi tol jambatan pertama patut tamat 2018, ingat rakyat butakah, soal Guan Eng


LIM Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri ‘Sementara’ Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sekali lagi mengulangi komitmen bahawa tol jambatan pertama Pulau Pinang akan dimansuhkan jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut Timbalan Pengerusi PH nasional berkenaan, mengikut perjanjian konsesi berwajib, sepatutnya kutipan tol tamat pada tahun 2018 tapi dilanjutkan sehingga 2038.

“Hasil kutipan kira-kira RM1.7 bilion, berapakah kos pemajuan, lebih RM800 juta sahaja.

“Pelebaran daripada dua laluan kepada tiga laluan, ditambah dengan kos operasi, lebih kurang RM500 (juta) hingga RM600 juta.

“Kalau dilihat pada RM1.4 juta atau RM1.5 juta kos (yang telah dibelanjakan), berbanding hasil kutipan tol kira-kira RM1.7 bilion, adakah ini adil atau sebaliknya?

“Ini untung buta, ingat rakyat butakah,” tegasnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan kepada pemberita pagi tadi.

Beliau yang juga Exco ‘Sementara’ Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata demikian selepas menyertai sambutan Hari Vaisakhi bersama-sama penganut agama Sikh di Wadda Gudhwara Shahib dekat Jalan Gudhwara di sini.

Exco ‘Sementara’ Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat turut sertai sidang media tersebut.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mengumumkan beliau akan meneruskan 11 amalan membabitkan kepentingan komuniti bukan Islam, sekiranya diberi mandat menubuhkan Kerajaan Negeri pasca PRU14 ini. 

Salah satu amalan, dianggap seperti manifesto pilihan raya juga, Guan Eng memberitahu, kakitangan Kerajaan Negeri beragama bukan Islam akan diberikan sekurang-kurangnya tujuh hari cuti bergaji untuk melaksanakan upacara khusus agama masing-masing, sebagaimana 40 hari cuti bergaji untuk umat Islam pergi mengerjakan haji.

Terdahulu, Perdana Menteri ‘Sementara’ Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berkempen di Balik Pulau baru-baru ini mengumumkan tol jambatan pertama untuk penunggang motosikal akan dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya ‘merampas’ kembali Kerajaan negeri ini nanti. 

Dalam reaksi spontan, Guan Eng mengumumkan tol untuk semua kategori kenderaan di jambatan pertama itu akan dimansuhkan, jika PH berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan pasca PRU14 ini. _facebook

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus