Banyak pihak melahirkan rasa bimbang peratusan keluar mengundi PRU14 akan berkurangan, apabila SPR menetapkan proses buang undi pada hari bekerja (Rabu).
Cuma saya nak sebut, peratusan turun mengundi di negara-negara maju adalah di bawah 60%.
Antara sebabnya, rakyat terbanyak tidak lagi bergantung hidup pada mana-mana ahli politik, kerana hampir semua hal ehwal pentadbiran negara tidak “dipolitikkepartianan”.
Di negara yang 89% rakyatnya diasak keluarga mengundi, maka, aku memilih untuk terus menjadi revolusioner iaitu seorang marhaen yang berusaha mengubah sistem sosial yang sedia ada kepada sistem sosial yang lebih baik.
Aku hanya sokong polisi progresif, iaitu “yang pasti lebih menguntungkan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak.”
Contoh, di Pulau Pinang aku pro Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang RM47 bilion. Di peringkat persekutuan, aku sokong projek ECRL RM60 bilion.
“Di negara yang semua buta adalah rakyatnya, memang seorang dajal politik bermata satu akhirnya menjadi rejim!”
No comments:
Post a Comment