21 April 2018

Guan Eng terharu bekas wakil rakyat DAP hadir simbol sokong parti umum lapan muka baru


KETUA Menteri ‘Sementara’ Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PULAU TIKUS, 21 APRIL - Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menzahirkan rasa terharu atas kehadiran enam bekas wakil rakyat parti yang berjiwa besar dengan tidak bertanding serta memberi laluan kepada pencalonan muka baru sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini. 

Mereka, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco ‘Sementara’ Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng; Danny Law Heng Kiang (bekas ADUN Batu Lancang merangkap Exco ‘Sementara’ Pembangunan Pelancongan); A. Tanasekharan (bekas ADUN Bagan Dalam); Lau Keng Ee (bekas ADUN Pengkalan Kota); Jeff Ooi Chuan Aun (bekas Ahli Parlimen Jelutong); dan Ng Wei Aik (bekas Ahli Ahli Parlimen Tanjong).

Bukan sahaja mereka menyokong keputusan ini, sungguhpun mereka ada perasaan juga, kita faham.

Tapi, hari ini, mereka juga hadir, mari kita beri satu tepukan,” jelas Guan Eng yang juga Ketua Menteri ‘Sementara’ Pulau Pinang merangkap dalam Majlis Pengumuman Calon DAP di sini pada tengah hari tadi.

Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Exco ‘Sementara’ Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow yang mengumumkan nama kesemua 19 calon DAP bagi kerusi Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) dan tujuh kerusi Kawasan Parlimen. 

DAP negeri menampilkan lapan muka baru dalam PRU14 ini, iaitu  M. Satees bertanding di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Dalam; Daniel Gooi Zi Sen (KADUN Pengkalan Kota); Ong Ah Teong (KADUN Batu Lancang); dan H’ng Mooi Lye (KADUN Jawi); Heng Lee Lee (KADUN Berapit); Lee Chun Kit (KADUN Pulau Tikus); Syerleena Abdul Rashid (KADUN Seri Delima); dan Joseph Ng Soon Siang (KADUN Air Itam).

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) nasional sekali lagi menjelaskan kesemua calon DAP akan bertanding menggunakan satu lambang bersama-sama calon parti-parti pakatan pembangkang, iaitu logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus