29 March 2018

Hampir 5 kali ganda DAP bina rumah rakyat berbanding era UMNO BN kuasai P.Pinang sebelum 2008


KETUA menteri serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang merakamkan gambar kenang-kenangan pada Majlis ‘Topping’ Projek Perumahan Mampu Milik ‘One Foresta' di Lengkok Kelicap dekat Bayan Lepas pada 17 Mac lalu.


Kerajaan orientasi tindakan, siap cukup rumah untuk rakyat P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

BAYAN LEPAS - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini adalah berorientasikan tindakan, bukan sekadar menabur janji politik sebagaimana amalan Kerajaan Barisan Nasional Pusat menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, beliau memberitahu pentadbirannya telah membekalkan sejumlah 24,227 unit kediaman kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR) dalam tempoh tahun 2008 hingga 2017, untuk rakyat di negeri ini.

Walhal katanya lagi, Kerajaan Pusat sehingga kini didapati seakan masih gagal membina walau seunit pun unit Rumah Mampu Milik (RMM) melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di negeri ini.

"Kami memenuhi apa yang kami janjikan kerana kami adalah kerajaan berorientasikan tindakan.

"Kerajaan Pulau Pinang kini telah membekalkan 24,227 unit kos sederhana rendah dan sederhana kepada rakyat dari 2008 hingga 2017.

"Ini adalah lima kali ganda berbanding dengan 5,154 unit projek perumahan kos sederhana rendah dan rendah yang sebelum ini dibina oleh kerajaan negeri Barisan Nasional di Pulau Pinang (dari tahun 1999 hingga 2007)," kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan dalam majlis di 'topping’ projek perumahan mampu milik 'One Foresta' di Lengkok Kelicap di sini pada 17 Mac lalu. 

Menurut Guan Eng, sejak 2008 sebanyak 74,161 unit rumah mampu milik antara harga RM42,000 hingga RM300,000 seunit telah dibina, dalam proses pembinaan atau telah diluluskan untuk dibina di Pulau Pinang.

Tambah beliau, projek perumahan One Foresta tersebut yang terdiri oleh 1,343 unit kediaman berkeluasan 900 kaki persegi dijangka siap pada bulan Disember ini.

Exco Perumahan, Pemanduan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo; Exco Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh; dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeei dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim antara pemimpin kerajaan yang menyertai majlis tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus