Inflasi jika BNM longgarkan syarat kelayakan pinjaman perumahan bank?

PENULiS.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Wacana Ekonomi | Setiap 100 orang yang pergi memohon pinjaman perumahan daripada pihak bank, lebih 60 ditolak.

Akibatnya berlakulah lambakan perumahan (over production), iaitu satu situasi bilangan unit kediaman yang dibina bukanlah melebihi permintaan rakyat, tetapi tidak mampu didiami oleh rakyat.

Persatuan Pemaju dan Hartanah Malaysia (REHDA) Pulau Pinang pada bulan April 2017 pernah mendedahkan, kadar penolakan permohonan pinjaman perumahan oleh pihak bank mencecah lebih 60%.

Disebabkan itu, banyak pihak, termasuk pemimpin Pakatan Harapan Pulau Pinang sendiri mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) supaya melonggarkan syarat kelayakan peminjam perumahan oleh pihak bank.

Kesan Berantai

Bayangkan BNM melonggarkan syarat kelayakan pinjaman perumahan, tentulah lebih ramai rakyat boleh membeli rumah swasta pelbagai jenis, daripada harga RM42,500 hingga lah lebih RM400,000.

Pihak bank tentulah akan menggalakkan pinjaman perumahan, selepas syarat-syarat kelayakan dilonggarkan oleh BNM.

Galakan sebegitu membolehkan bank menjana keuntungan ribawi atas tiap-tiap jumlah pinjaman rakyat.

Kelonggaran syarat pinjaman tentu akan mendorong lebih banyak pihak membeli unit rumah. 

Agen hartanah akan menggandakan keuntungan melalui ‘jual atas angin’ unit kediaman.

Manakala, mereka yang telah ada unit kediaman tentu turut terdorong membeli rumah kedua atau ketiga untuk tujuan menjana kewangan melalui sewaan rumah umpamanya.

Sebenarnya situasi ini akan mewujudkan inflasi atau suatu keadaan pasaran harga hartanah akan naik secara mendadak serta tidak terhad.

Rumah yang asalnya berharga RM42,500 mungkin akan meningkat dua atau tiga kali ganda apabila berpindah tangan melalui jual beli secara spekulatif. 

Ini, gelembong hartanah atau property bubble

Tarikan permintaan (demand pull) serta dorongan peningkatan harga (cost push) yang terjadi pada pasaran hartanah kediaman pasca perubahan dasar kewangan BNM nanti, akhirnya menyumbang pada inflasi.

Ertinya, inflasi apabila BNM melonggarkan syarat kelayakan pinjaman perumahan oleh pihak bank.

Fahamnya di sini, dasar kewangan BNM itu kerana Kerajaan berhasrat mengelak inflasi naik.

Justeru, rakyat dan oposisi mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan lebih banyak Projek Perumahan Mampu Sewa Murah.

Projek ini mampu mencegah over production dan property bubble yang sekarang ini sedang didepani semua pihak, apabila Kerajaan melaksanakan dasar Rumah Mampu Milik atau RMM (patut disebut rumah swasta mampu dibeli rakyat).

Setuju?

Comments

  1. Saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan Direct Access Online untuk memenuhi janjinya dengan memberi saya pinjaman, saya terjebak dalam keadaan kewangan dan perlu membiayai semula dan membayar bil saya serta memulakan Perniagaan. Saya cuba mencari pinjaman dari pelbagai firma pinjaman baik organisasi swasta dan korporat tetapi tidak pernah berjaya dan kebanyakan bank menolak permintaan kredit saya. "jika anda perlu menghubungi mana-mana firma dengan merujuk kepada mendapatkan pinjaman dalam talian dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan pelan / jadual pembayaran balik yang lebih baik. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel di {directaccesservice @ gmail.com} atau whatsapp @ +15754148400

    ReplyDelete

Post a Comment

Disqus