26 October 2017

Kenapa tawaran gaji minimum RM1,500 akan gagal?

Di 7E Bukit Tengah. Di kedai runcit 24 jam ini pun tidak akan ada pekerja, melainkan mereka menawarkan gaji melebihi RM1,500 seperti dinikmati oleh muda-mudi, buruh kontrak, lepasan universiti, pesara/penganggur yang menyertai Jobs Guarantee Schime langsung di bawah Kerajaan Pusat. Bayangkan...


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Wacana Ekonomi | Kalau keluaran negara rendah dan melambangkan kemelesetan ekonomi rakyat, gaji minimum tidak boleh dengan sendirinya naik ke kadar RM1,500.

Gaji minimum RM1,500 hanya boleh dilaksanakan jika Bajet Alternatif 2018 mempunyai program khusus untuk meregulasi aktiviti ekonomi rakyat dan negara ke arah upah buruh itu.


Sepatutnya Pakatan Harapan (PH) dalam belanjawan kali ini mencadangkan pelaksanaan Skim Jaminan Pekerjaan atau Jobs Guarantee Schime (JGS).

Melalui skim ini, Kerajaan Negeri sendiri akan membiayai kos penuh ataupun sebahagian bersama-sama majikan, dalam tempoh lima sehingga 10 tahun, untuk mencukupkan kadar upah minimum RM1,500 itu.

Peringkat awal, memang Kerajaan akan dikritik kerana berbelanja lebih untuk perbekalan.

Pada tahap awal ini, majikan swasta juga tidak akan mengikut skim ini atas pelbagai faktor.

Tapi percayalah, sektor swasta akhirnya terpaksa juga menawarkan gaji minimum RM1,500 ini, untuk mendapat buruh upah termurah.

Ini kerana, rakyat, khususnya muda mudi dan golongan penganggur sudah tentu akan memilih untuk menyertai Skim Jaminan Pekerjaan yang disediakan oleh Kerajaan, melainkan jika majikan swasta menawarkan gaji bulan yang lebih tinggi daripada gaji minimum RM1,500.

Jika sekali kita terbaca, memang beberapa idea di atas ini turut dinyatakan dalam Bajet Alternatif 2018. Bacalah:


Mengenai gaji minimum, Pakatan Harapan mencadangkan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan yang dibiayai melalui sistem bayar bersama. Kerajaan akan membiayai 50% peningkatan selama tempoh tiga tahun dan kami akan meminta syarikat-syarikat melakukan perkara yang sama. Kami juga mengiktiraf permintaan semasa untuk gaji minimum sebanyak RM1,800. Untuk memenuhi permintaan ini, kami komited kepada kajian semula berkala gaji minimum supaya apa-apa perubahan yang diperkenalkan secara beransur dan tidak menjejaskan pasaran pekerjaan.” 
[rujuk Bajet Alternatif 2018, halaman 36, perenggan dua]
Namun, seperti saya sebut awal tadi, kalau keluaran negara rendah, gaji minimum tidak boleh dengan sendirinya naik ke kadar RM1,500.

Majikan swasta tidak akan menaikkan gaji minimum sehingga RM1,500 sebulan, melainkan Kerajaan sendiri mesti ada program sekongan yang terang lagi material seperti Job Guarantee Schime.

Sebenarnya gaji minimum RM1,500 ataupun Skim Jaminan Pekerjaan ini secara kasar akan mengasak Kerajaan sendiri untuk berbelanja lebih.

Ertinya, amalan berbelanja lebih ini akan bertentangan tengan dakyah oposisi sendiri, iaitu “Malaysia akan bankrap jika hutang persekutuan melepasi 55% berbanding GDP negara.

Maka, oposisi kena pilih salah satu sahaja, sama ada percaya dakyah Malaysia akan bankrap itu, atau melaksanakan Skim Jaminan Pekerjaan ini.



Sekali lagi, ditanya, tawaran gaji minimum RM1,500 ini akan gagal?

Tentulah jawapannya adalah kerana PH sendiri tiada program sokongan khusus seperti Skim Jaminan Pekerjaan untuk merealisasikan hasrat murni bersama itu.

Seorang economis jalanan dari Sekolah Klasik Adam Smith Penang Road berseloroh dengan Faqar tadi, “Tengok filem lucah tidak boleh melahirkan zuriat, melainkan pasangan lelaki dan perempuan mesti saling berkerja keras bersetubuh tidak kira siang atau malam, barulah berpotensi untuk mendapat anak. Begitu juga lah dengan gaji minimum RM1,500 ini tidak boleh dengan sendirinya wujud, melainkan wajib ada Jobs Guarantee Schime ini...

Tak terkata apa saya dengan Dialektikal Materialisme sahabat baik saya itu.

Tawaran RM1,500 gaji minimum akan gagal.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus