RM1,000 sumbangan daftar masuk universiti dipuji, mahasiswa harap Pusat laksana pendidikan percuma

KETUA Menteri serta barisan pemimpin Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang merakamkan gambar bersama-sama waris dan penerima RM1,000 insentif sumbangan bantuan mahasiswa daftar masuk universiti di Dewan Millenium Kepala Batas di sini, 24 Ogos lalu.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PANTAI JEREJAK – Anak muda yang menerima RM1,000 cek sumbangan Mahasiswa Daftar Masuk Universiti pada 23 Ogos lalu bukan sahaja memuji inisiatif Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Bahkan, mereka mengharapkan Universiti Awam kembali menawarkan biasiswa serta melaksanaan sistem pendidikan percuma seperti telahpun Kerajaan Persekutuan laksanakan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Muhammad Syazwan Shaari, 22, mahasiswa Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan di Universiti Utara Malaysia (USM) ketika ditemubual mengharapkan Kerajaan Persekutuan kembali menawarkan biasiswa, bukan lagi pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Saya memikirkan perlu pendidikan percuma ini kerana saya berasa kos pengajian di Universiti meningkat, seperti kos makan...masa pengajian peringkat diploma di Polytech MARA dahulu pun, pinjaman MARA (Majlis Amanah Rakyat).

"Buat masa ini, (di UUM) saya menggunakan duit sendiri dahulu, kalau tak dapat biasiswa, barulah saya memikirkan untuk mendapatpan pinjaman," jelas Muhammad Syazwan, anak jati Sungai Ara.

'Ainul Amirah Tajuddin, 20, mahasiswa sarjana muda jurusan Antropologi dan Sosiologi menerima cek RM1,200 daripada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kerana melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Katanya, beliau tidak mengambil mana-mana pinjaman termasuk PTPTN kerana merasakan lebih 'selamat' selepas gaduasi kelak.

"Perlu sebenarnya kembali kepada sistem pendidikan percuma seperti zaman Tun Razak, kalau kita lihat sekarang kos hidup di universiti sendiri telah meningkat.

"Kalau ada insentif dalam bentuk biasiswa atau sumbangan RM1,200 yang Ketua Menteri beri kepada kami yang melanjutkan pengajian di Sabah atau Sarawak, memang membantu mahasiswa.

"Macam saya sekarang sudah tahun kedua di universiti, kalau kos pengajian satu semester sahaja lebih RM1,000 sebenarnya.

"Saya tidak ambil mana-mana pinjaman, belanja duit sendiri mengaji di universiti lebih selamat pada masa hadapan," ujarnya, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al-Mashoor.

Siti Nor Dayana Huzaini, 19, kejayaannya melanjutkan pengajian dalam juruan Perancangan Bandar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak seakan dihargai, melalui pemberian sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri hari ini.

Katanya, pinjaman PTPTN kerana beliau tidak berpeluang untuk mendapat tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.

"Bagi saya perlu lah pendidikan percuma seperti sekolah, sebab pelajar memerlukan belanja lebih dalam bentuk biasiswa untuk pengajian mereka kalau ada pilihan selain pinjaman PTPTN.

"Saya terpaksa pinjam PTPTN kerana tidak mendapat biasiswa untuk meneruskan pengajian.

"Jumlah pinjaman kepada pelajar juga berbeza-beza mengikut jurusan pengajian, macam saya belanja beli barang sahaja kira-kira RM900 satu semester , tapi kos hidup di universiti adalah sama tinggi sebenarnya," ujar bekas pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan Tunku Puan Habsah.

KETUA Menteri (tengah) bersama-sama pemimpin Kerajaan Negeri lain merakamkan gambar dengan beberapa penerima RM1,000 sumbangan mahasiswa daftar masuk universiti di Tapak Pesta Pulau Pinang pada 23 Ogos 2017.
Guan Eng dalam Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Tahun 2017 Peringkat Bahagian Pulau pada 23 Ogos lalu memberitahu pemberian insentif RM1,000 atau RM1,200 itu adalah bukti Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang cakna mahasiswa kelahiran negeri ini.

"Bukan sahaja guru dan ibubapa anda sayang kepada anda, tetapi Kerajaan Negeri juga sama-sama sayang kepada anda.

"Kita (Kerajaan Negeri) boleh buat ucapan panjang lebar, bagaimana kita begitu sayang kepada anda...lebih bermakna jika disusuli oleh bayaran wang (insentif)," ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan di Tapak Pesta Pulau Pinang dekat Pantai Jerejak.

Pada kali ini, katanya, seramai 806 mahasiswa, termasuk 576 mahasiswa dari bahagian Seberang Perai menerima insentif sumbangan daftar masuk universiti dalam majlis berasingan pada 24 Ogos lalu.

"Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2008 sehingga sekarang, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM17,480,400 yang melibatkan 17,761 orang pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di Dewan Mellenium dekat Bertam, Kapala Batas.

Di Bertam, penerima Adi Azri Rubika, 21, mahasiswa jurusan keuruteraan elektrik di UiTM Kampus Shah Alam, Selangor pula memberitahu beliau adalah peminjam PTPTN, tetapi sedang menunggu tawaran biasiswa.

"Dulu saya pinjam PTPTN, tetapi sekarang tengah tunggu permohonan biasiswa.

"Saya setuju Kerajaan kembalikan biasiswa, kalau boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma di Universiti (Awam) sebab kita tahu bahawa begitu banyak anak daripada keluarga berpendapatan rendah layak masuk ke universiti tapi terpaksan buat pinjaman.

"Kos sara hidup tinggi, saya sangat setujulah Kerajaan memberikan lebih peruntukan pendidikan untuk Universiti (Awam)," jelas beliau, anak jati Seberang Jaya.






Disqus