Skip to main content

Usul kecam Shabudin, bukan undang-undang kekeluargaan Islam, respons Guan Eng



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata hasrat pentadbirannya mahu mengemukakan usul mengecam Ahli Parimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang nanti dalam isu perogol mengahwini mangsa bawah umur sahaja.

Tegasnya lagi, kritikan itu tidak wajar digambarkan sebagai mengkritik undang-undang kekeluargaan Islam, sebagaimana kenyataan Shabudin dalam akhbar The Sun pada 18 April.

"Jika saya menentang Barisan Nasional, bukan lah bermakna saya menentang Malaysia.

"Begitu jugalah saya mengkritik pendapat Shabudin, itu sama sekali bukan bermaksud saya mengkritik undang-undang kekeluargaan Islam," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di Komtar pada tengah hari tadi.

Sambil menyifatkan kenyataan terbaru Shabudin itu sebagai tindakan terdesak, Guan Eng menasihatkan pemimpin Umno tersebut supaya tidak memanipulasi isu sensitif atas dasar agama di tanah air ini.

Hari ini, The Sun melaporkan 'Censure akin to kriticising Islamic family law', yang dinyatakan oleh Shabudin.

Di Dewan Rakyat pada 4 April lalu, Shabudin dilaporkan memberitahu, perogol mengahwini mangsa gadis di bawah umur boleh mengubati masalah sosial.