14 December 2016

Siapa 'Kawan Makan Kawan' di Parlimen Batu?

TIAN Chua (duduk, paling kiri) antara pemimpin yang hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Politik Pakatan Harapan dan BERSATU, 13 Disember 2016.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob 

Naib Presiden KeADILan Sdr. Tian Chua sendiri memberi laluan kepada AMANAH, jika berhasrat untuk bertanding di Parlimen Batu yang masih disandangnya kini. 

Tian Chua bercakap sebegitu sebagai reaksi pada ucapan Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan dalam Konvensyen Nasional sulung baru-baru ini. 

Mohd Sany yang dikenali lantang antara lain menyatakan kesediaan AMANAH untuk meletakkan calon di Batu, jika Tian Chua masih bergantung harap dengan kekuatan Pan Malaysian Islamic Party untuk mempertahankan kerusi parlimen itu dalam PRU14.

Tian Chua orang lama dalam perjuangan reformasi. Kalau beliau menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada AMANAH di Batu sekalipun, perlu dibaca kenyataannya itu secara tekstual dan kontekstual.

Tian Chua jiwanya besar, sebab itu beliau turut sertai Majlis Memeterai Perjanjian Politik antara Pakatan Harapan dan BERSATU.

Kedudukannya di Batu adalah perkara penting, namun lebih penting adalah membawa PAS bersama-sama Pakatan Harapan dan BERSATU dalam blok pembangkang, supaya wujud situasi 'satu lawan satu'.

Sebagai orang lama dalam politik, Tian Chua sudah tentu tahu Pan Malaysian Islamic Party ada membawa liabiliti tersendiri di Batu kerana majoriti Cina menolak sesiapa sahaja yang cenderung pada kezaliman pemimpin kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau ada dalam fikirannya bahawa AMANAH mampu mempertahankan kerusi Batu dalam PRU akan datang sekalipun, Tian Chua tentu ada alasan dan fisarat politik tersendiri untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Cerita Tian Chua respons Mohd. Sany ini mungkin juga kerana AMANAH kian diterima oleh majoriti komuniti Cina, sungguhpun segelintir Melayu mungkin masih berbelah bahagi dengan hala tuju parti masa depan itu.

Di Batu, Isnin lalu, saya ada bersembang dengan pemimpin AMANAH Bukit Bintang "Sdr. Badiaq" dan Blogger Penarik Beca aka Pak Bakaq Haq serta beberapa bekas pemimpin Pan Malaysian Islamic Party peringkat kawasan.

Mereka juga menyanjung tinggi jiwa besar Tian Chua menyambut kelantangan Mohd Sany. 

Ada juga mengharapkan Mohd Sany mempunyai watak negarawan semacam Timbalan Presiden AMANAH Sdr. Salahudin Ayub yang cenderung untuk berbincang dan berunding, jika ada keperluan dengan parti-parti rakan atas semangat setiakawan.

Menurut mereka, tidak kiralah Tian Chua atau calon AMANAH yang akan bertanding di Batu, AMANAH akan bekerja keras.

Kalau terpaksa terpaksa menghadapi situasi tiga penjuru akibat sabotaj oleh calon Pan Malaysian Islamic Party, AMANAH mesti mempertahankan kerusi Batu suapan tidak dirampas kembali oleh blok kleptokrasi Najib.

Kata mereka, Salahudin bermukim di Batu sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian (2004 - 2013) hingga sekarang masih bermukim di Batu. 

Kalau beliau mempunyai hubungan yang baik dengan semua kaum, seperti Tian Chua pun, padan lah.

Maka mereka berdua yakin Salahudin mampu menarik pengundi Cina menyokong sesiapa sahaja calon Pakatan Harapan yang akan bertanding di Parlimen Batu, dan ini mungkin salah satu firasat politik Tian Chua.

Apabila Ketua Pemuda Pan Malaysian Islamic Party Kawasan Batu, Nurul Islam Mohamad Yusof menuduh AMANAH bersikap 'kawan makan kawan', jangan ingat Tian Chua seorang yang naif.

Pan Malaysian Islamic Party yang 'kawan makan kawan' KeADILan dalam PRU lepas, di DUN Kota Damansara dan Sungai Acheh.

Baru-baru ini pemimpin Pan Malaysian Islamic Party secara terbuka menyatakan hasrat untuk bertanding semua kerusi di Parlimen Permatang Pauh.

Presiden KeADILan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah penyandang kerusi parlimen itu, manakala Timbalan Ketua AMK Dr. Afif Bahardin dan pemimpin wanita negeri Dr. Norlela Ariffin masing-masing masih menyandang kerusi DUN Seberang Jaya dan Penanti.

Semua ini dalam perkiraan Tian Chua, dan jangan di Parlimen Batu jua Pan Malaysian Islamic Party memasang niat untuk 'kawan makan kawan' masa PRU14 nanti.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus