09 November 2016

Sekeluarga peluk Islam disebabkan lelaki bertatu seluruh badan ini

MUHAMMAD Randy yang sejak dari awal sebak menyaksikan majlis melafazkan syahadatain, akhirnya setuju untuk dirakamkan gambar ini dengan rakan baik, Khoo Soo Boon sekeluarga di kediaman Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dekat Permatang Pauh, sebentar tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

EMPAT tahun lalu, lelaki bertatu ini bukan calang orang.

TAN Wei Hon atau Muhammad Randy
Tarik kereta, kutip hutang tanpa lesen, urus beberapa pub sekitar Perai dan Permatang Pauh merupakan antara kerja hariannya, demi terus berjuang untuk hidup.

Suatu malam, di pasar lama Pekan Permatang Pauh, Tan Wei Hon mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas berkongsi meja makan dengan Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim.

Zolkifly, Penasihat Persatuan MyIKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT) menceritakan mengenai kelebihan berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia.

"Empat tahun lalu, saya peluk Islam, lafaz dua kalimah syahadah, tukar kepada nama Muhammad Randy dan nak buang tatu di badan ini.

"Tapi, Abang Zol kata: biarkan tatu di badan itu jadi bukti saksi dua kalimah syahadah Rendy depan Allah, semacam parut perang pada tubuh Saidina Hamzah sebagai bukti jihad dan 'syahid akhirat' di depan Allah.

"Malam ini, tatu di badan saya ini juga menjadi saksi sekeluarga saudara baru memeluk Islam," ujar Muhammad Randy dalam nada yang sebak.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.." 
[Surah Al-An-An'aam: 125]

Selain sibuk sebagai aktivis dakwah MyIKUT, Muhammad Randy kerja sendiri dengan membaiki telefon. 

Salah sebuah hotel terkenal di Permatang Pauh merupakan salah satu tempat lepak Muhammad Rendy, untuk mengambil dan menghantar telefon pintar yang dibaiki.

Di sinilah, beliau berkenalan dengan Khoo Soo Boon, 50, yang bekerja sebagai juruwang di hotel tersebut.

Walaupun perkenalan mereka tidak lama, tiap-tiap kali berjumpa mereka saling bertukar pendapat mengenai nilai-nilai kebaikan yang ada dalam agama Islam dan ajaran Buddha.

Dari situ, menggamit perasaan yang kuat dalam diri Soo Boon untuk kenal keEsaan Allah.

"Sudah hampir setahun saya mengkaji apa itu Islam dengan bersembang dan membaca buku. 

"Berkawan dengan Randy pun tidak lama, tetapi ada bersembang mengenai bisnes dan siapa sebenarnya mencipta kita?

"Saya lihat Islam tak pakai banyak duit ringgit, contoh dalam upacara sembahyang atau kematian; dan saya rasa Islam lebih didik jiwa untuk beragama dengan hati yang mulia sebaik mungkin.

"Saya tiada masalah duit, tetapi saya perlukan sesuatu untuk jiwa saya dan jiwa keluarga saya," ujar Soo Boon yang masih mencari-cari nama Islam hang sesuai untuk diri.

AZLEY Stanley (tiga dari kiri) bersama-sama Zolkifly Md . Lazim  (dua dari kiri) pada sesi soal jawab dengan Khoo Soo Boon sekeluarga, sebelum acara melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing oleh Izad Buqhary  (paling kiri) di sini malam tadi.

Sebelum ibadah melafazkan syahadah, Presiden MyIKUT Azley Stanley menyampaikan khutbah ringkas serta memberi respons lanjut pada semua soalan yang dibangkitkan oleh Soo Boon sekeluarga.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk menyuluh hati sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Bukan Soo Boon seorang sahaja yang mengambil keputusan untuk memeluk Islam, bahkan isterinya, Aulia serta dua anak perempuan mereka, berusia lapan tahun dan lima tahun.

Peguam, Izad Buqhary yang juga pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) selepas Isyak tadi yang memimpin Soon Boon sekeluarga menyempurnakan lafaz dua kalimah syahadah di kediaman Zolkifly dekat Permatang Pauh.

Ramai yang menyaksikan majlis syahadatain tersebut dengan linangan air mata kesyukuran, antaranya Zaidi Ahmad (Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr. Lim Guan Eng), Ustaz Sophian Mohd. Zain (DAP Bayan Baru), "Azizan Memali", Dr. Rosnah Abu Hasan (Doktor D'BM Hospital Permatang Pauh) dan "Kak Wan Bee Ropewalk Bagan".

Hadir sama, dua keluarga Muhajir (gelaran kepada mualaf yang peluk Islam) lain meraikan saudara baru, iaitu Soo Boon sekeluarga dalam jamuan ringkas di sini.

ANTARA gambar kenang-kenangan yang sempat dirakamkan lensa kamera telefon pinta Zainulfaqar Yaacob .

Sambil menikmati juadah laksa dan air oren, Izad Buqhary yang mengasaskan firma guaman Nasir Izad & Co. - NICO menawarkan konsultasi undang-undang berkaitan daftar tukar agama serta urusan kebajikan pendidikan agama kedua-dua anak berkenaan.

Zaidi Ahmad pula menawarkan diri untuk membantu Soo Boon sekeluarga membuat pendaftaran sebagai Muslim di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Info lanjut, hubungi Presiden MyIKUT Sdr. Azley Stanley atas talian 0175313272 atau Penasihat NGO dakwah berkenaan Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (0124810074). 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus