26 September 2016

Kon Yeow respons isu hakisan pantai Kuala Muda

CHOW Kon Yeow (kanan) dan Sabri Abdul Mulok pada sidang media di Komtar tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Hakisan pantai yang dilaporkan berlaku di Kuala Muda dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga baru-baru ini kemungkinan disebabkan oleh perubahan musim tengkujuh pada akhir bulan Julai lepas, yang membawa ombak kuat ke sana.

Demikian respons Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow ketika diminta mengulas mengenai laporan atas talian The Sundaily hari ini.

"Saya fikir perubahan musim di pantai berhampiran (Hotel) Rasa Sayang pada tahun-tahun tertentu mengakibatkan berlakunya berubahan keadaan di sana.

"Pada hujung tahun, selalunya keadaan pantai berhadapan (Hotel) Rasa Sayang sampai mencecah laman (Hotel) Rasa Sayang.

"Pada waktu lain, pantai berubah disebabkan berubahnya musim, mungkin inilah keadaannya yang terjadi di (pantai) Kuala Muda," jelas Kon Yeow kepada pemberita di sini tengah hari tadi.

Bercakap pada sidang media sama, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir. Sabri Abdul Mulok berkata pihaknya menyedari mengenai fenomena hakisan pantai di Kuala Muda.

Katanya lagi, JPS akan mengemukan laporan lanjut serta memohon peruntukan berwajib daripada Kerajaan Persekutuan demi mengawal fenomena hakisan di Kuala Muda.

Terdahulu, The Sundaily melaporkan pengakuan seorang nelayan, Daud Karim, 75, yang mengaku bahawa arus kuat serta musim tengkujuh sejak akhir bulan lalu mungkin mengubah keadaan pantai di Kuala Lumpur.

Rakannya, Rohaizad Ahmad, 37, pula tidak menolak kemungkinan bahawa fenomena hakisan pantai tersebut disebabkan kerja-kerja penambakan laut di negeri ini.

Beliau turut mencadangkan pemajuan sebuah jeti baharu untuk nelayan menambat bot masing-masing, supaya tidak hanyut kelak.

Seorang pengunjung, Mohd. Ridzuan Azmi, 37, turut mengaku terkejut dengan fenomena hakisan tersebut.

Manakala, Pengerusi Persatuan Nelayan Seberang Perai, "Mohd. Rodzi" berkata pihaknya telah menggesa semua nelayan menambat bot tidak jauh dari Pasar Bisik, ketika fenomena hakisan pantai terjadi di Kuala Muda kini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus