02 June 2016

Siapa Pinda DEB, wahai Faekah Husin?



Zainulfaqar Yaacob
2 Jun 2016

BEKAS Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor terdahulu semalam antara lain berkicau, "Sibuk perli PAS buang jubah/kupiah krn nak tarik undi Melayu. Pinda DEB dan tolak Hudud bukan ke kerana nak tarik undi Cina? Paku dulang..." di laman sosialnya Twitter.

Adakah Faekah Husin cuba mengfitnah pentadbiran Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng di Pulau Pinang kerana disokong kuat oleh Amanah, kononnya meminda Dasar Ekonomi Baru (DEB) demi menarik undi Cina?

Walhal 16 Jun 2012 lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sekali lagi memutuskan akhbar perdana, Utusan Malaysia (Utusan) bersalah kerana menfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang melalui artikel berita, “DEB: Guan Eng tetap berdegil” yang disiarkan pada 15 Mac 2008.

Kali pertama Utusan kalah saman fitnah pada 15 Disember tahun lepas, iaitu mengenai rencana bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” yang disiarkan pada 20 Disember 2010.

Pesuruhjaya Kehakiman, Normala Salim semasa membuat ketetapan berkata, beliau bersetuju dengan penghujahan pihak pendakwaan, iaitu Utusan mempunyai “niat jahat” terhadap Guan Eng.

“Mahkamah berpendapat, ada niat jahat oleh pihak defenden dengan menggunakan perkataan ‘menghapuskan’ DEB (Dasar Ekonomi Baru),” ujar beliau.

Beliau berkata, perkataan “membebaskan DEB” yang diucapkan oleh Guan Eng adalah jelas tidak membawa maksud “menghapuskan DEB”.

Malah, katanya, saksi pihak pembelaan sendiri sebelum ini mengakui bahawa penggunaan perkataan “menghapuskan DEB” adalah kesimpulan peribadi wartawan Utusan sendiri.

Justeru, Utusan diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 serta RM20,000 kos kehakiman kepada Guan Eng.

Guan Eng diwakili oleh peguam, Jagdeep Singh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, manakala, Utusan diwakili oleh peguam, Mohana Kumar.

KETUA Menteri bersama-sama barisan Exco Kerajaan Negeri menunjukkan tanda kesepakatan selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sekali lagi memutuskan akhbar perdana, Utusan Malaysia bersalah kerana menfitnah beliau melalui artikel berita, “DEB: Guan Eng tetap berdegil” yang disiarkan pada 15 Mac 2008. Kemenangan tersebut merupakan yang kedua. Kali pertama Utusan Malaysia kalah saman fitnah pada 15 Disember tahun lalu, iaitu mengenai rencana bertajuk, “Kebiadaban Guan Eng” yang tersiar pada 20 Disember 2010. | Gambar Buletin Mutiara

Guan Eng pada satu kenyataan media di luar kamar perbicaraan berkata, beliau berharap Utusan serta media arus perdana milik UMNO yang lain mengambil iktibar.

“Kemenangan ini adalah satu ‘perwakilan simbolik’ bukan sahaja pada diri saya, tetapi kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang turut difitnah sebelum ini,” ujarnya.

Jagdeep pula berkata, Utusan diharap dapat menghormati ketetapan yang dibuat oleh mahkamah.

Ketika itu, Chow Kon Yeow, Lim Hock Seng, Abdul Malik Abul Kassim, Danny Law Heng Kiang, Wong Hon Wai, Lidya Ong Kok Fooi dan Law Choo Kiang antara Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang hadir pada bicara akhir kes tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus