03 June 2016

Kuil jadi mangsa khianat terbaru terima sumbang RM10,000 Kerajaan P.Pinang

KETUA Menteri (tengah) menyaksikan patung berhala di Kuil Muthumariaman dekat Ladang Penanti yang menjadi mangsa khianat pihak tidak bertanggungjawab di sini, tengah hari tadi.

Zainulfaqar YAACOB
Penanti | 3 Jun 2016 | 12:29

KUIL Muthumariaman berusia lebih 100 tahun dekat Ladang Penanti yang menjadi mangsa perbuatan khianat pihak tertentu semalam di sini, menerima sumbangan baik pulih semula sebanyak RM10,000 daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya mengecam perbuatan khianat tersebut, serta meminta pihak polis menyiasat segera kes jenayah itu.

"Ini insiden kali pertama di kuil ini sungguhpun ia didaftar dan mempunyai nilai warisan kerana berusia lebih 100 tahun. 
"Saya bagi pihak Kerajaan Negeri ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertamadun ini," tegas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam kepada pemberita tengah hari tadi.

Guan Eng berkata demikian ketika melawat lokasi kejadian bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. 

Hadir sama, dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai  (MPSP), M. Satees dan P. David Marshel.

Guan Eng memberitahu, sumbangan Kerajaan Negeri itu akan diserahkan kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan, Kebudayaan & Sosial Kaum India Pulau Pinang, G. Bala Nambiar, yang bertanggungjawab menguruskan kuil tersebut.

Sebelum itu, Ramasamy memberitahu, pihaknya turut menulis surat rasmi supaya pihak polis mengambil tindakan proaktif ke atas kes pencerobohan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di negeri ini serta beberapa kawasan sekitar Utara Semenanjung Malaysia.

"Saya tidak kata ini (perbuatan khianat RIBI) ini suatu trend, tapi ini mungkin (mempunyai unsur) jenayah," jelas Ramasamy, sambil melahirkan rasa bimbang kes seumpama ini akan mengganggu ketenteraman komuniti yang menganut pelbagai agama, kelak.

Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penanti, sebelum ini direkodkan, sebuah Wat Siam turut menjadi mangsa perbuatan khianat pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus