01 June 2016

Hock Seng anggap serius fitnah Pemuda Gerakan ke atas Guan Eng, projek terowong bawah dasar laut

LIM Hock Seng pada sidang media di Komtar, petang tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Penjelasan Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sebelum ini bahawa tiada satu sen pun fi Kajian Kebolehlaksanaan dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi Projek Terowong Link Ketiga Bawah Dasar Laut, adalah benar.

Justeru, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng berkata Kerajaan Negeri memandang serius pada kenyataan Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo Jieh Sheng yang menuduh Guan Eng berbohong dalam isu berbangkit.

"Beliau kata Ketua Menteri bohong, ini suatu dakwaan yang serius.

"Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang terus membuat fitnah selepas penjelasan terakhir tentang faktar benar ini," tegas Hock Seng kepada pemberita di sini, petang tadi.

Tegasnya, sepatutnya pemimpin pembangkang tidak menyebarkan fitnah berbangkit tersebut, memandangkan Kerajaan Negeri pada 9 Mei, 12 Mei dan 25 Mei telahpun mendedahkan faktar sebenar projek ini.

Hock Seng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal menegaskan, beliau sendiri dalam Sesi Penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 20 mei lalu turut menyanggah beberapa dakwaan pihak pembangkang.

Menurut Hock Seng kos keseluruhan pembinaan tiga projek jalan utama dan terowong link ketiga adalah RM305 juta (RM305,003,880).

Tiga projek jalan utama itu adalah 10.5 kilometer Projek Jalan Berkembar Dari Tanjung Bungah Ke Teluk Bahang, 5.7 Kilometer Jalan Pintasan Dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu Ke Air Itam serta 4.1 kilometer Jalan Pintasan Dari Persiaran Gurney Ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, keseluruhannya menelan belanja RM208,755,080.

Mengikut pecahan, Kajian Kebolehlaksanaan untuk ketiga-tiga jalan utama itu menelan kos RM31,269,325, manakala RM177,485,755 untuk Rekabentuk Terperinci.

Bagi pemajuan 7.2 kilometer Projek Terowong Link Ketiga pula menelan kos keseluruhan sebanyak RM96,248,800.

Mengikut pecahan, Mengikut pecahan, Kajian Kebolehlaksanaan untuk pemajuan projek terowong itu menelan kos RM20,000,000, manakala RM76,248,800 untuk Rekabentuk Terperinci.

"Mengatakan RM305 juta untuk Kajian Kebolehlaksanaan ini untuk projek terowong ini tak benar benar.

"Kajian Kebolehlaksaan dan Rekabentuk Terperinci untuk semua tiga projek jalan-jalan utama dan Terowong Link Ketiga akan dibayar melalui 'land swap'," tegas Hock Seng lagi.

Hock Seng memberitahu, tanah-tanah yang dikenal pasti adalah 3.67 ekar dekat Lot 702 dekat Bandar Tanjung Pinang bernilai RM135,086,094, 5.73 ekar dekat Lot 713 di kawasan sama yang bernilai RM157,907,178.

Jelasnya lagi, suatu tanah lain akan dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri, untuk baki pembayaran secara 'land swap' yang bernilai RM12,010,608.

"Setakat ini, jumlah tuntutan daripada pihak Concortium Zenith BUCG Sdn Bhd. adalah sebanyak RM138,971,572.61 bagi fi Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci untuk tiga projek Jalan-Jalan Utama sahaja.

"Sebagai bayaran, Kerajaan Negeri telah meluluskan pemberimilikan tanah di atas Lot 702, Seksyen 1, Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut yang bernilai RM135,086,094 berbanding nilai kerja RM138,971,572.61.

"Pemberian milik tanah telah disempurnakan pada Februari 2015.

"Tidak ada pembayaran dibuat untuk Projek Terowong LInk Ketiga kerana Concortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. tidak pernah membuat permohonan tuntutan bayaran untuknya.

"Oleh yang demikian, kenyataan Y.A.B. Ketua Menteri adalah benar bahawa tiada satu sen pun dibayar kepada Concortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. untuk Kajian Kebolehlaksanaan bagi Projek Terowong Link Ketiga," jelas Hock Seng lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus