Skip to main content

Seincipun hutan simpan kekal tak kurang, tetapi tanam pokok 271,000 di P.Pinang, kata Guan Eng

KETUA Menteri (paling kanan) menyiraf anak pokok yang baru ditanam, sambil disaksikan oleh Phee Boon Poh (tiga dari kiri) dan tiga pegawai lain di Taman Rimba Bukit Mertajam dekat Cheruk Tokun di sini pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MACHANG BUBUK - Tidak seincipun hutan simpan kekal 'berkurangan' sejak tahun 2008, malah sehingga kini, sebanyak 271,000 pokok ditanam di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa merasmikan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri 2016 dan Pelancaran Automated External Defibrillator (AED) di Taman Rimba Bukit Mertajam, dekat Cheruk Tokun.

"Lihat fakta, hutan simpan kekal satu inci pun tak kurang...yang kita alih tanam pokok untuk tujuan pelebaran jalan pun 88 peratus hidup," jelas Guan Eng di sini padi tadi.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Pulau Pinang pertama di negara ini membelanjakan RM41,240 untuk memasang 10 AED di lokasi-lokasi strategik seperti di sini, demi menjayakan kempen 'Penang Heart-Safe Programme'.

"Kami (Kerajaan Negeri) akan terus memasang AED ini secara berperingkat di setiap kawasan di Pulau Pinang," jelas Guan Eng yang juga ADUN Air Itam merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Dato' Maktar Shapee (Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam).