Skip to main content

TPM bohong lagi, bawa masuk 1.5 juta buruh Bangladesh bisnes adiknya?



Kerana adiknya didakwa terlibat dalam bisnes membawa masuk pekerja asing ke tanah air ini, Timbalan Perdana Menteri seakan berbohong sekali lagi.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan terbarunya berdalih bahawa usaha membawa masuk 1.5 juta lagi buruh asing dari Bangladesh atas permintaan industri. 

"Pekerja asing yang akan dibawa masuk itu adalah mereka yang sudah berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk tujuan pekerjaan.

"Kementerian Sumber Manusia akan memuktamadkan perincian perjanjian ini di Dhaka, Bangladesh pada 18 Februari dan akan ditandatangani selepas dipersembahkan kepada jemaah menteri," dalih Timbalan Presiden Umno itu, dipetik dari portal Berita Harian hari ini.

Portal berita atas talian Malaysiakini pada 11 Ogos tahun lalu mendedahkan, Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia. 

Itu, tidak termasuk hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui pengumuman Pengubahsuaian Bajet 2016 pada bulan lalu, antara lain menaikkan kadar levi untuk buruh asing mulai 1 Februari.

Levi untuk buruh asing ertinya sistem cukai khas berupa wang tunai yang akan dibayar kepada Kerajaan Pusat, dengan adil Ahmad Zahid didakwa paling banyak menerima untung.

Dalam kenyataan Ahmad Zahid pada 28 Januari lalu, dilaporkan, Najib mengumumkan penyusunan semula sistem kadar levi untuk pekerja asing kepada 2 kategori saja.

Kategori pertama membabitkan sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan, dengan tiap-tiap buruh asing akan dikenakan kadar levi baharu RM2,500.

Manakala, buruh asing dalam sektor ladang dan pertanian di bawah kategori ke-2, dengan kadar RM1,500 bagi setiap pekerja.

Menurut Ahmad Zahid, Kerajaan Pusat akan mendapat pendapatan tambahan RM2.5 bilion, dari sumber levi untuk buruh asing.

Jelasnya lagi, menurut statistik kerajaan, terdapat kira-kira 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar, kini.