Skip to main content

Tamu Lorong Kecil (01)

LORONG KECIL

Tiap-tiap tengah hari, waktu dalam jam 12.30, di situlah tempat dia berkelana. Tidak kira waktu menggelegak merah atau mendung disusuli renyai hujan, dia tetap setia di meja itu kerana ada kanvas kecil membumbung bertongkat buluh lama. Di atas meja segi empat itu ada secanggih kopi pekat dan laksa semangkuk.

Fikirannya  melayang. Melayang ditiup angin yang datang sekali sekala menyaman haba muka. Masih jelas muka Mona. Perempuan yang dia kenal di meja makan. Sepasang mata yang cantik, wajah membujur sireh, lebih ayuh bersembunyi di sebalik rambutnya yang hitam berbelang merah inai.

"Selalu Mona bertandang ke sini," dia bertanya mengail rasa untuk kenal lebih dekat gadis seusia awal 20-an, dari Senadin Bumi Kenyalang.

"Abang..." pendek saja respons Mona. Mungkin mahu menjamah laksa.

Mona tahu lelaki di depannya itu bekerja di Kota,  tempat pegawai dan ahli politik menggigit kuasa. Lihat pada baju seragam warna biru air laut dengan jata Pulau Mutiara pun, tahu, kalau tidak pion, pegawai Kerajaan.

Kalau tidak pada 24 hari bulan, hari ke-25, lelaki bertubuh gempal dan sedikit bongkok tempurung itu akan bertandang di meja laksa itu.

"Apa istimewanya dengan laksa ini," tanya Mona sambil mengais 'sampah sarap' dalam kuah laksa itu. Sekali sekala, Mona melempar senyuman, anak matanya cantik tetapi tak jelas kelihatan ditiraii anak rambut. Sambil menyulam air, Mona senyum lagi. Dia senyum kerana lelaki di depannya seakan masih mendamba kata-kata  yang lebih istimewa.

Dia menarik nafas panjang. Dia menyebut, "Sebab Mona..."

Allah Akbar...Allah akbar...Zuhur.

Astaghfirullah