29 February 2016

Lebar Jalan Masjid Negeri, 88 peratus pindah tanam pokok hidup, respons MBPP

P. A. Rajendran.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pelebaran Jalan Masjid Negeri di antara Bulatan Udini dan Jalan Delima terpaksa dilakukan untuk mengangani kesesakan trafik yang teruk belakangan ini hingga pada masa hadapan.

Justeru, Timbalan Pengarah Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ir. P. A. Rajendran memberitahu, pokok-pokok di kiri dan kanan jalan terbabit terpaksa dipotong dan akan dipindah tanam untuk kerja-kerja pelebaran jalan tersebut.

"Pada hujung minggu dan musim cuti sekolah, (keadaan trafik sesak) Jalan Masjid Negeri mengakibatkan kesesakan trafik di Jalan Air Itam, (trafik) Lorong Batu Lanchang pun sesak, Jalan Scotland pun sesak, semua jalan jadi sekak.

"Inilah sebabnya, pelebaran di Jalan Masjid Negeri terpaksa dilakukan dan ini (proses memindah tanam pokok) adalah jalan terakhir," jelas beliau kepada pemberita di sini pada pagi tadi.

Ketika ini, katanya, aliran trafik di Jalan Masjid Negeri direkodkan pada tahap maksimum dan kerja-kerja penarafan di jalan-jalan sedia ada adalah langkah terbaik untuk menangani masalah berbangkit tersebut.

"Kenapa di Jalan Masjid Negeri, kerana kesesakan telah mencapai kapasiti maksimum di jalan ini.

“Saya fikir penebangan dan pindah tanam pokok-pokok ini sebenarnya untuk menangani masalah (kesesakan trafik) ini.

“Kita (MBPP) nak memastikan bahawa pelebaran jalan ini dapat menganai kesesakan (trafik) di Jalan Masjid Negeri dengan meminimumkan kos (pemajuan), sebelum pembinaaan (lebuh raya) Pan-Island Link antara tahun pada 2023 hingga 2025 nanti," jelas beliau.

Difahamkan, projek-projek penarafan melipiti persimpangan Jalan Air Itam, Jalan Scotland serta persimpangan Lorong Batu Lanchang, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Hamilton menelan belanja keseluruhan sebanyak RM24.45 juta.

Mengikut pecahan, projek penarafan yang telah siap menelan belanja RM16.6 juta, manakala projek pelebaran jalan yang masih dijalankan menelan kos 7.85 juta.

Sebelum itu, Rajendran bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Dato' Patahiyah Ismail (Datuk Bandar MBPP), Ir. Addnan Mohd. Razali (Pengarah Kejuruteraan MBPP) mengadakan dialog dua hala dengan anggota Jawatankuasa Pemandu Forum Pulau Pinang (Penang Forum).

Penang Forum diwakili oleh Dato' Dr. Leong Yueh Kwong, Datin Dr. Kam Suan Pheng, Dr. Lim Mah Hui (yang juga Ahli Majlis MBPP), Rebecca Duckett, Dato' Agatha Foo dan Kanda Kumar.

Dalam majlis dialog itu, Rajendran menjelaskan mengenai isu penebangan 37 batang pokok besar untuk kerja-kerja penarafan jalan-jalan berwajib.

Menurut Rajendran, sebanyak 37 pokok terlibat dalam projek penarafan Jalan Masjid Negeri, di antara Bulatan Udini dan Jalan Delima.

Daripada jumlah itu, beliau menjelaskan, MBPP mengubah tanam 34 pokok serta menebang tiga pokok lain.

"Empat pokok mati dan 30 lagi masih hidup, peratus pokok diubah tanah yang hidup adalah 88 peratus," jelas Rajendran menjawab perkaian wakil Penang Forum.

Tambah Rajendran, 19 pokok renek lain yang diubah tanam turut hidup, manakala tiga pokok renek lain di kawasan penarafan ditebang.

Guan Eng memberitahu, sebanyak 271,028 batang pokok ditanam di negeri ini sejak tahun 2008, membabitkan agensi kerajaan, pemaju-pemaju, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri hanya mengutamakan agenda menangani kesasakan trafik dengan melakukan kerja-kerja penarafan jalan raya sedia ada, hatta sanggup menebang 34 batang pokok besar di Jalan Masjid Negeri.






No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus