18 February 2016

Abdul Rahim hargai kerjasama Guan Eng sedia CCTV bantu tugas polis

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pada hari terakhir bertugas sebagai Ketua Polis Negeri, Dato' Wira Abdul Rahim Hanafi mengaku inisiatif Kerajaan Pulau Pinang memasang kira-kira 275 sistem televisyen litar tertutup (CCTV) banyak membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan indeks jenayah serta mengawal trafik jalan raya di negeri ini.

"Sepanjang perkhidmatan saya sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, saya berasa sangat bangga kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Negeri.

"Tiada sebarang masalah, jika ada masalah atau isu, saya senantiasa berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Kerajaan Negeri.

"Kita (PDRM) senantiasa memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga berjaya menurunkan kadar jenayah yang cukup baik.

"Apa yang saya ingin menarik perhatian di sini adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang cukup membantu PDRM, dari segi (pemasangan) CCTV, CCTV inilah membantu mengurangkan kadar jenayah, kawalan trafik (jalan raya)," jelas Abdul Rahim dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini.

Sebelum itu, Guan Eng sendiri melahirkan rasa sedih kerana Abdul Rahim tidak lagi bertugas sebagai Ketua Polis Negeri di Pulau Pinang, selepas ini.

“Saya berasa sedikit sedih kerana ini hari terakhir beliau (Abdul Rahim) bertugas sebagai Ketua Polis Negeri yang disayangi oleh rakyat Pulau Pinang.

"Saya ingin ucapkan terima kasih atas sumbangan (serta) atas kawalan rapi yang dibuat oleh Dato' Seri Ketua Polis Negeri yang membolehkan Pulau Pinang setiap tahun mencatatkan penurunan indeks jenayah.

"Bagi pihak rakyat Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih, pintu pejabat saya senantiasa terbuka untuk menerima kunjungan beliau selepas ini, dan paling penting pintu hati rakyat Pulau Pinang pun senantiasa terbuka untuk Datuk," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam. 

Guan Eng kemudiannya menyampai cenderahati kepada Abdul Rahim.

Abdul Rahim yang dilahirkan pada 1 Februari 1958 di Alor Setar, Kedah, mula menyertai perkhidmatan PDRM pada 27 Februari 1983, sebagai Kadet Asisten Superintenden.

Beliau pernah bertugas di Pulau Pinang pada tahun 1990 hingga 1999, dan pernah menjawat sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, sebelum kembali dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Pulau Pinang pada 20 Julai 2012.

Selepas berkhidmat hampir empat tahun di Pulau Pinang, Abdul Rahim menggantikan Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh yang bersara wajib, minggu lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Ghafar Rajab pada Isnin dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Abdul Rahim.

Ghafar Rejab semasa membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, antara lain dimohon supaya memperbanyak anggota polis pelancongan daripada pasukan berkuda di kawasan George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO di sini.

Semasa menyatakan hasrat itu, Guan Eng berharap akan diadakan upacara tersendiri di pos-pos kawalan PDRM melibatkan pasukan berkuda berkenaan di negeri ini, seumpama 'changing of guard' seperti di Kota London, England.

Ghafar Rejab dalam reaksi spontan memberitahu bahawa terdapat kira-kira 40 polis pelancong ditempatkan di pos-pos trategik di bahagian Pulau ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus