Skip to main content

10,000 sertai Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang

TETAMU tidak melepaskan peluang merakamkan gambar dengan Lim Guan Eng dan isteri, di sini pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

PANTAI JEREJAK - Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) pagi ini menerima kehadiran hampir 10,000 orang tetamu pelbagai kaum.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas merupakan tetamu paling utama.

Hadir sama, pemimpin Kerajaan Negeri lain, antaranya, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Law Choo Liang dan isteri, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hanson dan isteri, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan isteri, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Farizan Darus dan isteri.

Pelbagai persembahan pentas di sini, antaranya persembahan Tarian Singa daripada Hong Guan Sports Gym, Okestra Cina daripada One Pro Arts, Euphoria Penang tajaan bersama Kerajaan Negeri dan syarikat pemaju Kumpulan Hunza, Tarian Kreatif dari Kumpulan Kebudayaan Pulau Pinang.

Sebelum majlis bersurai, isteri Ketua Menteri, Puan Betty Chew Gek Cheng turut mencuri kesempatan menyampaikan "angpow raya" kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.