11 January 2016

Shahrir Samad berdalih, TPPA sebenarnya simbol tanah air 'dijajah', kata PasMa

NAJIB Razak dilihat seakan menggadai kepentingan bangsa, semata-mata untuk tunduk pada telunjuk Barrack Obama.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Selepas beberapa projek pembangunan bandar Malaysia 'terlepas' kepada syarikat asing dari China demi membiayai hutang luar kawal RM42 bilion 1MDB, Kerajaan Pusat sekali lagi dalam menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berdalih tanah air tidak mungkin akan 'dijajah' Amerika Syarikat sekiranya bersetuju memeterai perjanjian itu bersama-sama 10 negara anggota lain.

“Banyak momokan bahawa AS akan menjajah kita kononnya terdapat kekangan pada negara dan Parlimen serta kuasa Yang di-Pertuan Agong juga dikatakan akan tersekat.

“Tetapi mengikut perkiraan kita, tidak mungkin AS akan menjajah 11 negara anggota TPPA kerana semua negara berkenaan adalah negara yang merdeka, bebas dan berdaulat. Takkan ini bermakna Brunei juga akan dijajah,” katanya, dilaporkan Utusan Online hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang Zolkifly Md. Lazim dalam reaksi terbarunya memberitahu perdagangan membabitkan Bumiputera, khususnya Melayu turut akan terjejas, selepas TPPA ini dimeterai.

"Setakat ini,  Datuk Mustafa Mohamad (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dilaporkan berkata agenda bumiputera turut diiktiraf oleh rakan-rakan kami dalam rundingan TPPA, dengan kontrak dikhaskan untuk Bumiputera akan berterusan.

"Namun, sehingga kini inti perjanjian itu dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat Malaysia, termasuk orang-orang Melayu," tegasnya yang juga Ketua Amanah Kawasan Parlimen Balik Pulau pagi ini. 

Justeru, katanya, rakyat khususnya orang-orang Melayu wajar menentang agenda boneka penjajah ini,  dengan apa cara sekalipun di bawah maksud Perlembagaan Persekutuan.

"ADUN Pakatan Harapan boleh terus membawa usul bantahan TPPA pada sidang akan datang.

"Rakyat kebanyakan sekarang boleh guna Facebook, sebelum kita guna kuasa undi di PRU14 nanti," tegasnya lagi.

Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menandatangani perjanjian rahsia itu di New Zealand pada Februari depan.

Demontrasi anti-TPPA di USM, dialog Tok Pa diasak mahasiswa

Memetik sumber, Najib berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 di sini.

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama yang dilihat 'berdiam diri' dalam banyak skandal kewangan membabitkan pentadbiran Najib akan menjadi hos majlis tandatangan perjanjian itu.

Dikatakan, negara-negara yang terlibat TPP menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan ketiga kepada perdagangan global, dan Malaysia adalah antara yang terkecil mempunyai lebihan dagangan.

Manakala, APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Daripada 21 negara itu, 12 negara terlibat dengan TPP. Anggota APEC yang tidak terlibat dengan TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Rusia, Taiwan dan Thailand.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus