Skip to main content

Mitigasi 'Bukit Botak' dipercepatkan, jangka siap Jun – Kon Yeow

KERJA-kerja mitigasi penanaman rumput, pembinaan longkang serta laluan giat dijalankan bagi memastikan kestabilan puncak Bukit Botak tanpa menjejaskan keselamatan orang awam.

BATU UBAN - Kerja-kerja mitigasi untuk kestabiloan struktur di atas 'Bukit Botak' akan dipercepatkan dan dijangka siap pada bulan Jun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun berkata, aspek keselamatan akan tetap diutamakan dalam memulihara semula 'Bukit Botak' atau Bukit Relau dekat Batu Uban di sini.

Antara projek mitigasi yang sedang berjalan ialah membina saliran longkang, menambahbaik kolam enapan sedia ada dan kolam baharu, membina longkang sementara, penanaman rumput di cerun bukit, perlaksanaan kerja penstabilan cerun.

Kerja-kerja mitigasi penstabilan struktur dijangka siap sekurang-kurangnya pada Jun 2016 dengan menelan belanja hampir RM50 juta dari pemilik tanah General Accomplishment Sdn. Bhd.,” ujar Kon Yeow pada sidang media di puncak bukit berkenaan baru-baru ini.

Menjelawab soalan pemberita, beliau memberitahu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) masih belum mempunyai rancangan pembangunan di atas bukit tersebut.

Setakat ini, kita tiada apa-apa pelan pembangunan di sini. Namun jika ada, kita boleh pertimbangkan, lulus atau tidak itu bergantung kepada MBPP untuk menilai dari segenap aspek,” ujar beliau lagi.

Sebelum itu, Jurutera Geoteknik General Accomplishment Sdn. Bhd., Khoo Koon Tai memaklumkan kepada wartawan mengenai status terbaru projek mitigasi tersebut.

Menurut beliau, projek mitigasi meliputi tanah di Lot 34 dan Lot 303 Changkat Bukit Gambir, Timur Laut.

Sehingga kini, katanya lagi, kerja-kerja mitigasi berwajib telah mencapai status 60 peratus siap.

Walaupun terdapat beberapa NGO mempertikaikan tentang keadaan 'Bukit Botak', beliau memberitahu, dalam situasi sekarang adalah penting bagi membiarkan kerja-kerja mitigasi mengukuhkan struktur dipercepatkan lagi, demi menjamin keselamatan semua pihak berwajib.

Bahagian cerun bukit kini giat dilakukan penanaman rumput penggunakan teknologi 'tikar fiber' bagi mempercepatkan pertumbuhan, turut ditanam ialah sebilangan pokok di puncak bukit ini,” jelas beliau.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai pertikaian beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini mengenai usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memulihara semula 'Bukit Botak' tersebut.

Bahagian cerun bukit kini giat dilakukan penanaman rumput penggunakan teknologi 'tikar fiber' bagi mempercepatkan pertumbuhan. Turut ditanam ialah sebilangan pokok di puncak bukit ini.

Selain wartawan, lawatan kerja itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr. T. Jayabalan, ADUN Komtar, Teh Lai Heng, ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer, ADUN Air Itam, Wong Hon Wai, Ahli-ahli Majlis bagi MBPP dan Timbalan Pengarah Bahagian Kejuruteraan MBPP A.Rajendran.

'Bukit Botak' kerap menjadi topik panas di Pulau Pinang setelah kerja-kerja penggondolan berlaku bermula pertengahan 2013.

Pada Julai 2013, pemilik turut diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak RM30,000 akibat melakukan 'kemusnahan' di atas tanah berkeluasan 22.89 hektar tersebut.