Skip to main content

Ahmad Maslan berbohong lagi, GST turunkan harga barang

GEORGE TOWN - Datuk Ahmad Maslan berdalih lagi, Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barang, yang nyata membebankan semua pihak.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, perkara itu akan berlaku sekiranya semua peniaga beretika.

"Saya pernah menyebut GST boleh menurunkan harga barang dengan syarat peniaga hendaklah beretika, itu syaratnya.

"Peniaga hendaklah mengikut apa yang telah digariskan, iaitu buang yang dulu 10 peratus (SST) dan baru masuk GST 6 peratus.

"Tetapi, kalau perniaga tidak buat begitu dan mereka tidak beretika,  maka, harga barang tidak dapat diturunkan," jelas Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia.

Bagaimanapun, beliau tidak pula menjelaskan mengenai kesan berantai yang ditanggung oleh peniaga dan pengguna, susulan kejatuhan nilai Ringgit pada kadar 4.43 berbanding sedolar AS.