27 January 2016

ADUN Jawi gesa Kementerian cukupkan pili bomba berkualiti

SOON Lip Chee (kanan) dan Toh Kian Kok menunjukkan unit pili bomba yang menjadi mangsa vandalisma di ADUN Jawi, selepa sidang media di sini baru-baru ini.

JAWI – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempat diminta membekalkan pili air bimba yang berkualiti dan mencukupi untuk seluruh Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee memberitahu, langkah itu penting demi mengelak masalah teknikal sebagaimana dalam kejadian kebakaran sebuah kilang pada tahun 2013.

“Saya masih ingat satu kebakaran kilang berlaku di Jalan Changkat pada tahun 2013, anggota-anggota bomba perlu mengambil air dari sungai berdekatan disebabkan lokasi kebakaran tidak mempunyai pili bomba dan ini telah melambatkan kerja-kerja pemadaman api pada ketika itu,” ujar beliau pada satu sidang media berkenaan masalah pili bomba baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pasukan Pasukan Bomba Sukarela Nibong Tebal, Toh Kian Kok turut menyertai lawatan meninjau keadaan pili bombang di sini.

Menurut Lip Chee, lebih kurang 800 pili bomba di JAWI, tidak meliputi semua kawasan serta agak terhad di kawasan pekan lama dan kampung.

“Jawi mempunyai lebih kurang 800 unit pili bomba. Kebanyakan pili bomba ini dipasang di taman perumahan baru dan kuantitinya jauh lebih banyak berbanding dengan pili bomba yang dipasang di kawasan luar bandar.

Pada sidang media sama, Kian Kok memberitahu pili bomba yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan di Jawi malah tidak seimbang dari segi penempatan.

“Walaupun pasukan kami telah banyak kali membuat permohonan penambahan pili bomba baru dengan pihak jabatan bomba, tetapi permohonan ditolak dengan sebab peruntukan tidak mencukupi,” ujar beliau.

Selain manjadi bomba sukarela di kawasan Jawi, Kian Kok memberitahu, pasukannya senantiasa mengambil berat tentang penyelenggaraan setiap pili bomba dengan melakukan pemeriksaan serta pembersihan berkala.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus