03 December 2015

Runtuh struktur gerbang ke Kg. Baru Alma atas faktor keselamatan, langkah kuatkuasa terakhir MPSP, jelas Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Sharif menjelaskan kronologi langkah penguatkuasaan meruntuh stuktur binaan 'haram' itu pada sidang media di sini,  semalam.  | Foto: Mohd. Faiz Abd. Halim  (Fotojurnalis MPSP)

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

SEBERANG JAYA - Pintu gerbang masuk ke Kampung Baru Alma dekat Bukit Mertajam yang dibina dua bulan lalu tanpa kebenaran berwajib serta didapati tiada jaminan kesalahan kepada penduduk setempat akhirnya diruntuhkan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), semalam.

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif memberitahu bahawa pihaknya hanya menerima suatu rayuan sahaja daripada Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian  Kampung  Bahru apabila Notis Mengosong dalam tempoh 30 dikeluarkan pada 16 Oktober lalu, namun beberapa arahan susulan yang lain tidak dipenuhi oleh mereka.  

"Pemantauan  ke tapak pada hari-hari berikutnya mendapati kerja-kerja pembinaan masih diteruskan tanpa menghiraukan amaran notis sehingga siap.  

"Belakangan ini,  cuaca yang tidak menentu termasuk angin kencang juga turut dibimbangi akan memberi kesan ke atas binaan berkenaan.

"Justeru, MPSP terpaksa mengambil tindakan meruntuh demi keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk," jelas beliau dalam sidang media di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Seberang Jaya, di sini.

16 Oktober lalu, MPSP hanya menerima rayuan daripada Jawatankuasa Pembangunan Kampung Rangkaian Kampung Bahru susulan suatu Notis Mengosong lokasi itu dalam tempoh 30 hari dikeluarkan.

Mereka memohon tempoh selama 14 hari lagi, dan MPSP bersetuju dengan rayuan mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak juga mengemukakan sebarang permohonan pelan kepada OSC MPSP dalam tempoh 28 Oktober hingga 12 November yang diberikan itu.

29 November, MPSP mengeluarkan Notis Kuasa Memasuki Tanah (Proviso), berdasarkan Seksyen 97 Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974.

 "MPSP tidak menerima sebarang permohonan pelan binaan berkenaan (sedangkan) sedangkan struktur binaan itu juga dibina melintasi jalan masuk (ke kampung tersebut," jelas Maimunah.

Jejasnya lagi, kerja-kerja meruntuh struktur 'haram' itu adalah langkah penguatkuasaan terakhir yang dilaksanakan oleh MPSP demi menjamin keselamatan penduduk.

Difahamkan, pemajuan Pintu Gerbang Rangkaian Kampung Baru seberat kira-kira 4.2 kilogram setiap satu itu dibiayai oleh peruntukan khas daripada Kerajaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus