Skip to main content

7 tips tangani anak-anak mengamuk...

AMUK anak-anak bukan mudah untuk diatasi.

Lebih sukar jika kita memandang negatif jika tantrum ini ada pada anak-anak kita sendiri.

Sebenarnya, mudah untuk menangani tantrum atau amukan anak-anak, kita kita positif mengenainya.

Ada 7 langkah sahaja...


1. Bertenang

Kita perlu bertenang, terutama jika anak kita mengamuk di tengah-tengah khalayak.

Kita perlu faham bahawa tiap-tiap anak memang dianugerahkan tantrum, cuma nipis atau tebal sahaja amukan anak-naka kita itu.

Bertenang. Dan, jangan mudah marah. Jika kuat amarah kita, sebenarnya akan lebih kuat amukan anak-anak ini.

Paling bail, buat muka releks. Anak ini pasti akan terfikir, "takkan mak aku tak marah dengan kelaku aku?"

Sebenarnya, bertenang adalah reverse psychological kepada anak kita dan mereka yang memerhati kita semasa mengurus anak-anak tantrum ini.


2. Cuba Pujuk

Jangan terus memujuk, kerana nanti mendorong anak-anak ini terus mengamuk apabila mahukan sesuatu.

Paling baik, bawa anak tantrum ini dalam pelukkan kita. Jangan biarkan dia mengamuk di atas lantai.

Cuba pupuk kemesraan dengan memujuk Si Kecil memberitahu tujuan amukannya.

Walaupun mungkin kita kurang faham, dengar betul-betul. Korek rahsia hatinya.

Begitu banyak rahsia anak-anak perlu diberi perhatian. Lagi kuat kita memberi perhatian, pujukkan kita boleh menawarkan tantrum Si Kecil.


3. Alif Fokus

Lazimnya anak-anak akan mengamuk jika tidak dapat sesuatu permainan yang dilihat di pasar raya.

Maka, elokkan ibu bapa mengenal pasti aras atau lorong mana yang wajar tidak dilalui.

Jangan melalui lorong atau aras yang mempunyai permainan video atau barang permainan.

Jika terlalu juga, cepat-cepat alih fokus Si Kecil kepada sesuatu yang masih menarik, tetapi tidak boleh dimiliki.

Sebagai contoh, alih perhatian kepada lampu prop Hari Raya di tengah-tengah pasar raya, supaya mengelak daripada membeli mercun atau mainan mengarut sempena promosi raya.


4. Sistem Ganjaran

Menawarkan ganjaran juga sebenarnya boleh mengubah amukan anak-anak.

Sebagai contoh, tawarkan dua pilihan. Jika anak-anak bersikap baik di pasaraya, janjikan sesuatu yang lebih menarik di rumah. Contoh, tonton filem Star Wars: The Force Awakens di rumah nanti.

Percayalah, jika ganjaran yang ditawarkan betul-betul diidamkan oleh Si Kecil, tantrum anak-anak akan bertukar menjadi baik.


5. Biarkan sahaja!

Kes seumpama ini selalunya terjadi apabila anak-anak mengamuk mahukan lolipop. Lagi kita berkeras, lagi menjadi-jadi tantrum Si Kecil ini.

Biarkan sahaja! Apabila anak-anak ini letih, akan berhentilah tantrum-nya atau terus tertidur sebab letih.


6. Nasihat

Kita perlu tahu anak-anak mengamuk tidak berlaku sepanjang masa tiap-tiap hari.

Pada waktu atau kondisi tertentu sahaja Si Kecil ini akan tantrum.

Nasihatlah mereka semasa waktu tidak tantrum. Kalau boleh, minta mereka mendifinisikan sendiri kelaku tantrum terbaru mereka.

Nasihat secara logik, jelas dengan contoh mudah, disulami belaian kasih sayang akan menawar tabiat tantrum mereka pada masa depan.


7. Bersikap tegas

Anak-anak fahamkah mengenai ketegasan kita? Kalau faham, kenapa semakin tegas kita, kadangkala semakin menjadi-jadi tantrum Si Kecil?

Sebenarnya anak-anak memahami ketegasan kita, Ini fitrah.

Namun, jangan selalu menggunakan kaedah ini, kerana dikhuatiri akan memberi kesan berantai pada anak-anak, seperti pudarnya rasa takut atau respons anak-anak kepada kita menjadi kasar kelak.

Selamat mencuba!