Skip to main content

357 nelayan Telok Bahang terima pukat, Kerajaan P.Pinang belanja RM60,345

ABDUL Halim Hussein (dua dari kiri) beramah mesra dengan beberapa nelayan yang menerima bantuan pukat di sini baru-baru ini.

TELUK BAHANGSeramai 357 nelayan setempat menerima bantuan pukat daripada Kerajaan Negeri, buat yang kedua pada tahun ini.

Bekas Pegawai Penyelaras Kawasan (PPK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, Dato' Abdul Halim Hussein yang menyampaikan sumbangan itu.

“Kita (Kerajaan Negeri) tampil dengan idea memberi bantuan pukat dua kali setahun, demi meringankan beban para nelayan. 

"Seperti mana kita tahu, kehidupan nelayan tidak hanya terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat semata-mata, bahkan, faktor cuaca juga sering menjadi cabaran utama dalam melakukan aktiviti penangkapan ikan ini,” jelas beliau beliau pada Majlis Sumbangan Bantuan Pukat Peringkat Zon Teluk Bahang dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Teluk Bahang baru-baru ini.

Hadir sama, PPK Teluk Bahang, Halil Sabri Abdul Hamid dan PPK Pulau Betong, Muhammad Tuah Ismail.

Menurut Abdul Halim, kira-kira RM60,345 dibelanjakan untuk pembelian dua set pukat kepada nelayan berdaftar

Justeru, Abdul Halim menasihatkan kepada semua penerima supaya memanfaatkan sumbangan Kerajaan Negeri itu benar-benar untuk aktiviti penangkapan ikan sahaja.