09 November 2015

Pembelaan wanita di konvensyen serlahkan maksud Al-Islam Rahmat Lil 'Alamin

AHLI panel bersama-sama perserta pada sesi perbincangan Forum Pembelaan Hak Wanita Dalam Islam yang diadakan sempena 'Penang Goes Orange' di sini, baru-baru ini.

RAHMAT KE SELURH ALAM... Perbahasan mengenai status wanita dalam konteks Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Pulau Pinang sekaligus menyerlahkan maksud rahmat yang dibawa oleh Islam, antaranya memartabatkan wanita dalam masyarakat.

Maka, kempen 'Penang Goes Orange' yang dibawah oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang dalam Konvensyen Al-Islam Rahatun Lil 'Alamin Peringkat Negeri di sini baru-baru ini membuktikan kemitmen Kerajaan Negeri sendiri dalam mengentikan keganasan wanita.

Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Kanita), Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Noraida Endut dalam Forum Pembelaan Hak Wanita Dalam Islam di konvensyen itu antara lain mendedahkan, kajiannya mendapati wanita menhadapi saat yang mencabar sepanjang proses kehakiman terutamanya berkaitan perceraian.

Dan, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim, Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dr. Norlela Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti), Dato' Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang), Sohibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim Md Noor (Mufti Pulau Pinang) dan Dato' Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP) antara 163 perwakilan yang membahaskan kajian tersebut serta kaedah penyelesaian kes keganasan membabitkan wanita.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus