27 September 2015

Pemuda 'kaki lawan' sejak zaman Fadzil Noor lagi...

Sertai Dato' Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi dan Zolkifly Md. Lazim menziarahi Presiden AMANAH Tuan Haji Mohamad Sabu di Kg. Guar Petai Tasek Gelugor, semalam. 

Yang paling kuat melawan Dato' Fadzil Noor semasa itu adalah daripada kalangan pemuda sendiri.

Dan, Mustapha Ali (kini Datuk) lama memimpin sayap pemuda sebelum memberi laluan kepada Ustaz Halim Arshad.

Ustaz Halim Arshad teruk dikritik oleh pemuda-pemuda sampai beliau tidak lagi pertahan kerusi Ketua Pemuda dalam satu Muktamar, semata-mata dilihat sebagai pro Fadzil Noor.

Fadzil Noor lagi teruk kena balun, antaranya atas dalih 'tak Islamik' serta seringkali dibandingkan dengan ketokohan Dato' Yusoff Rawa yang dilihat begitu Islamik.

Abdul Hadi Awang (kini Datuk Seri) yang menjadi Timbalan Presiden PAS lebih hebat dari segi ke'Ulama'kan dan kelantangan dalam isu-isu antarabangsa dan kenegaraan.

Fadzil Noor, dicebik-cebik sebagai 'tukang karut'. 

Ceramahnya membantai Umno kalau tak bersulam dengan ketawa yang terbahak-terbahak, 'nakalnya' saling tak tumpah macam Timbalan Ketua Angkatan Muda AMANAH Sdr. Faiz Fadzil sekarang ini.

Bayangkan loghat utara Fadzil Noor membantai perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) senasa itu, yang kebetulan datang dari Kedah juga bagaikan buku bertemu ruas.

Ramai yang menjangkakan  Fadzil Noor tak akan bertahan lama sebagai memangku Presiden PAS, apabila Yusof Rawa mengambil keputusan berundur atas sebab kesihatan.

Alih-alih Fadhil Noor ke kerusi Presiden PAS.

Paling menarik pesaing-pesaing yang gagal mengekang pengaruh Fadzil Noor dipanggil mengisi jawatan penting dalam hierarki Pusat.

Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar (kini Datuk) antara pemimpin masa depan yang dipanggil oleh Fadzil, penuh mesra dan macam 'keluarga'.

Dalam fikiran Fadzil Noor, mereka perlu kritik dan lawan hujah dalam mesyuarat. Itu, melatih pemimpin muda untuk 'bertindak atas apa yang dicakapkan'.

"Kalau nak jolok nyok (buah kelapa), jangan duduk di bawah pokok, takut nyok tua tak gugoq, nyok muda timpa kepala.

"Berlawan dalam parti ini tak boleh habis, maka berkawan selagimana boleh mengukuhkan PAS," seloroh Fadzil Noor disambut ketawa para muktamirin-muktamirat.

Keterbukaan Fadzil Noor itu nampaknya ada pada Mohamad Sabu, Presiden AMANAH Pulau Pinang itu sedang berusaha melebarkan kerjasama dengan semua pihak dan parti-parti  anti Umno BN.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus