Skip to main content

PasMa sokong penubuhan Pakatan Harapan!



22 September 2015

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengaIu-alukan penubuhan Pakatan Harapan secara konsesus oleh PKR, DAP dan AMANAH.

PasMa menyokong penuh sistem dua parti ini kerana peluangnya lebih cerah untuk Pakatan Harapan  mengambil alih Kerajaan Pusat daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Justeru, PasMa menyeru rakyat Malaysia khususnya yang menyumbang 51 peratus undi popular kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lepas supaya meneruskan sokongan kepada Pakatan Harapan Rakyat.

Urusan utama Pakatan Harapan sekarang bukan sahaja mengukuhkan sokongan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, malah mengukuhkan kepercayaan awam dan semua Ahli parlimen bahawa Kerajaan Peralihan mesti dilakukan melalui undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Undi tidak percaya adalah salah satu proses demokrasi, dengan Perdana Menteri Australia telahpun bertukar tangan melalui proses ini secara demokratik dan aman.

Diharapkan, Pakatan Harapan dengan dasar bersama yang lebih jelas sekarang boleh terus mencari jalan untuk menghentikan Najib sebagai Perdana Menteri berdasarkan lunas-lunas demokrasi berperlembagaan.

PasMa menyokong penuh penubuhan Pakatan Harapan!

DATO' IR PHAHROLRAZI HAJI MOHD. ZAWAWI
Pengerusi PasMa

merangkap

Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Amanah Negara (AMANAH)