Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PULAU TIKUS - Pameran makanan amal Pertubuhan Haemodialisis Fo Yi untuk membina sebuah pusat kesihatan yang menelan belanja RM6.5 juta baru-baru ini turut menerima sumbangan RM10,000 daripada Kerajaan Negeri dan RM10,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Jagdeep yang juga Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan berkata, program-program amal seumpama ini sepatutnya mendapat dana kebajikan yang lebih banyak daripada Kerajaan Pusat.
"Sepatutnya Kerajaan Pusat menyalurkan lebih dana kebajikan untuk aktiviti seumpama ini, tetapi nampaknya langsung tiada sokongan secara langsung daripada mereka.
"Berbeza dengan Kerajaan Pulau Pinang yang menyalurkan begitu banyak dana kebajikan tiap-tiap tahun sejak 2008, seperti sumbangan emas kepada warga emas, ibu tunggal, isteri (berusia di bawah 60 tahun yang menjadi suri rumah sepenuh masa), murid (Tahun 1 & 4 serta Tingkatan 1 & 4), bantuan pendidikan untuk daftar masuk Universiti (Awam) dan banyak lagi.
"Kita (Kerajaan Negeri) sedar kerja-kerja amal yang sedang dijalankan untuk masyarakat, terutamanya usaha-usaha merawat pesakit homeodialisis ini, serta bersedia menyokong perjuangan ini melalui cara-cara apa sekalipun yang kita boleh lakukan," jelas Jagdeep semasa merasmikan majlis itu di bangunan Persatuan Buddha Malaysia dekat Jalan Burmah di sini baru-baru ini.
Difahamkan, pameran makanan amal itu dianjurkan secara bersama-sama Persatuan Buddha Bekas Pelajar Penang Free School, untuk membina sebuah bangunan lima tingkat pusat kesihatan dan rawatan homeodialisis, yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan September tahun depan.
Maka, Jagdeep turut berjanji untuk menyumbang sebuah mesin dialisis yang berharga RM45 000 pada pusat rawatan homeodialisis, yang kini sedang dimajukan di Jalan Permatang Damar Laut.
Sebelum itu, Pengerusi Persatuan Fo Yi, Ooi Tiong Lam berkata, pihaknya masih memerlukan RM1.5 juta lagi untuk kerja-kerja pemajuan bangunan pusat rawatan homeodialisis tersebut, serta mengharapkan dapat mengutip RM100,000 melalui pameran makanan amal ini.
"Kita berasa sangat gembira dengan sokongan orang ramai apabila melihat orang-orang kenamaan pun turut membanjiri pameran makanan amal ini sejak pagi tadi, dan kira berharap sasaran kutipan sumbangan dapat dicapai pada hari ini," katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada Jagdeep kerana merasmikan majlis tersebut.
Lebih 5,000 pengunjung menyertai majlis amal tersebut, dengan menikmati pelbagai jualan makanan daripada kira-kira 100 gerai penjaja di sini.
30 September 2015
Jagdeep gesa Pusat salur lebih banyak dana kebajikan ke P.Pinang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment