Skip to main content

Bersih 4.0: "Memaafkan elak budaya pelampau berulang"

Fiqh Keamanan (فقة المؤامنة)
MEMAAFKAN ELAK BUDAYA PELAMPAU BERULANG

Mengukuhkan keamanan (تعزيز السلام) merentasi agama dapat dilihat pada larangan umat Islam mencela sembahan-sembahan mana-mana agama sekalipun.

Firman Allah S.W.T:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ  
(القرآن، 6:108)

Maksud:
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan..."

Larangan ini antara lain supaya Islam tidak menerima celaan balas, apabila ada di kalangan umat Islam mencela sembahan-sembahan agama lain.

Selepas himpunan Bersih 4.0 berjaya dilangsungkan secara aman, timbul isu gambar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak oleh pihak tertentu pula.

Macam-macam reaksi kita dengar. Ketua Pemuda PAS merangkap Ahli Parlimen Pasir Ustaz Nik Muhammad Abdul Nik Aziz mendesak permohonan maaf.

Avatar-avatar di facebook pula membangkitkan insiden gambar-gambar beberapa pemimpin progresif PAS yang turut dipijak oleh ahli parti Islam  berkenaan di depan Pejabat Agung PAS dekat Jalan Raja Laut menjelang Muktamar, tetapi langsung tidak dibantah oleh mana-mana pemimpin.

Apabila saya google, rupa-rupanya trend memijak gambar pemimpin parti turut dilakukan oleh pemimpin DAP dan PKR juga.

Jika pemimpin Umno BN yang melakukannya, itu lumrah bagi sebuah parti pelampau.

PAS, PKR dan DAP adalah #HarapanBaru untuk rakyat demi menghentikan kezaliman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini.

Parti Amanah Negara (PAN) pun adalah 'pendatang baru' dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan tidak lama lagi. 

Masih banyak yang perlu dikritik, diperbaiki dan dimajukan dalam PAN, dan ketegasan Pengerusinya Tuan Haji Mohamad Sabu menentang trend memijak gambar walau  daripada mana-mana pihak sekalipun.

Jangan pijak gambar sesiapapun kerana itu perbuat menghina pihak berkenaan.

Hari ini kita pijak gambar orang, esok lusa gambar kita pun akan dipijak oleh orang lain.

Al-Quran (Surah Al-An’am: 108) telah lama melarang cemuhan kepada sembahan agama-agama lain, kerana dibimbangi mengakibatkan pihak terbabit akan membalas cemuhan seumpamanya kepada Islam kelak.

Insiden tersebut telahpun berlaku dan semua kita memprotes perbuatan melampau itu.

Atas nama mengukuhkan usaha saling keamanan yang kami baja dalam kalangan kami atas maksud Fiqh Keamanan (فقة المؤامنة) ini, marilah saling bermaaf-maafan dan hentikan trend pijak gambar ini.

Firman Allah S.W.T:

ثُمَّ عَفَوْنَا عَنْكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(القرآن، 2:52)

"Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur."

Astaghfirullah!

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

____________
+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com