Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Pemaju, UEM Builders Bhd. secara terbuka memohon maaf kepada seluruh warga Pulau Pinang kerana pelaksanaan projek Kerajaan Pusat membina special span sejak 17 Ogos lalu mengakibatkan "krisis kesesakan trafik" yang teruk hingga menggamit amarah pengguna jalan raya terhadap Kerajaan Negeri.
"Kami dari pihak UEM ingin memohon maaf atas kesesakan lalu lintas yang luar biasa, yang berlaku pada hari pertama pelaksanaa lencongan trafik, yang kami laksanakan," kata Pengurus Projek UEM, Ahmad Faxi Ali pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di sini, pagi tadi.
Sebelum itu, Guan Eng mengumumkan pembukaan jalan berwajib seperti biasa, dengan kerja-kerja berisiko tinggi diberhentikan serta-merta dalam satu tempoh yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
"Keyakinan Kerajaan Negeri pun agak KL goncang sedikit, kalau rancanga lencongan trafik (penutupan jalan secara berjadual) pun tidak dapat dibuat dengan baik, bagaimana ia boleh buat projek yang begitu besar dengan cara yang lebih teratur dan selamat.
"Sebab itu, kita (Kerajaan Negeri) nak menekankan betapa pentingnya proses (pemajuan) itu hendaklah selamat mengikut piawaian keselamatan antarabangsa...menjamin kelancaran trafik pengguna jalan raya," tegas Guan Eng.
Kegagalan JKR serta UEM melaksanakan pelan penutupan jalan secara berjadual demi membolehkan kerja-kerja pemasangan tiga bahagian special span lebuh raya bertingkat yang merintangi Sungai Keluang dekat Bayan Baru sejak semalam (17 Ogos) akhirnya mengakibatkan kesesakan trafik, hatta menggamit amarah rakyat serta rasa tidak puas hati Kerajaan Negeri.
18 August 2015
UEM minta maaf projek Pusat bina 'special span' punca trafik sesak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment