Skip to main content

Logo baru Komtar harap tarik perhatian umum, kata Guan Eng

ZULKIFLI Harun menjelaskan mengenai maksud di sebalik logo Simply City Komtar, kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang menjadi mercu pentadbiran Kerajaan Negeri sejak didirikan pada pada 1988 kini sudah mempunyai logo tersendiri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, usaha memulihara semula bangunan 65 tingkat dan tertinggi tersebut diharap dapat menggamit perhatian orang ramai, termasuk pelancong ke negeri ini.

“Untuk memulihkan Komtar, kami rasakan adalah perlu untuk mercu kebanggaan negeri ini mempunyai logo tersendiri.

“Logo ini secara langsung akan dapat menangkap perhatian orang ramai terhadap bangunan tersebut,” jelas Guan Eng pada kepada wartawan di sini baru-baru ini.

(Depan, dari kiri) WONG Hon Wai, Sim Tze Tzin, Mohd. Rashid Hasnon, Ketua Menteri dan Zulkifli Harun pada majlis pengumuman logo baru Komtar di sini baru-baru ini.

Pada sidang media sama, beliau turut mengumumkan pereka logo Komtar, Zulkifli Harun yang menenangani pertandingan dengan membawa pulang RM5,000 wang tunai.

Empan finalis daripada 111 peserta yang menghantar 150 rekaan, iaitu Owen OW Chong Boon, Ler Hui Min dan Nik Mohd. Fadhil Mohamed masing-masing turut diberikan hadiah saguhati berupada RM500.

“Logo yang terpilih ini akan dipasang di lima lokasi di sekitar bangunan Komtar tidak lama lagi,” kata Guan Eng.

Zulkifli dalam kenyataannya melahirkan rasa bangga kerana dapat menyumbang kepada negeri kelahirannya.

“Logo ini bertemakan simply city Komtar, iaitu merujuk pada tadbir urus Kerajaan Negeri.

“Saya bangga kerana saya anak jati Pulau Pinang, walaupun sumbangan ini kecil, tetapi sangat besar dalam diri saya sendiri,” jelas Zulkifli.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Steven Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC) turut hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu, PDC Setia Urus, agensi Kerajaan Negeri yang menguruskan bangunan Komtar menganjurkan pertandingan mencipta logo mulai bulan April hingga 5 Mei lepas.