11 August 2015

Kongsi tapak jaja di Pasar Awam Seri Rambai projek perintis MPSP, jelas Micheal Tan

(Dari kiri) LAI Shu Qua, Chong Pei Pei dan Micheal Tan Cheong Heng menunjukkan jenis kertas bancian yang diedar serta dikutip oleh pegawai Bahagian Pelesenan MPSP di sini baru-baru ini.
(Dari kiri) MICHEAL Tan Cheong Heng, Lai Shu Qua dan Chong Pei Pei menunjukkan luas tapak jaja yang dikongsi oleh mereka terbabit di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Polisi kongsi guna tapak jaja tidak berbumbung di Pasar Awam Seri Rambai adalah projek perintis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ahli Majlis MPSP, Micheal Tan Cheong Heng memberitahu, langkah moratorium atau pergantungan serta penangguhan kegiatan penguatkuasaan berwajib atas persetejuan bersama itu sebagai langkah pemutihan pada 'aktiviti penjajaan haram'.

“Konsep kongsi tapak jaja ini boleh dilakukan kerana pihak pelesenan mendapati ada penjaja berniaga sehari dalam seminggu, ada orang menjaja dua hari dalam seminggu dan sebagainya.

“Penjaja haram memang banyak di pasar-pasar awam, pendekatan (moratorium) ini perlu supaya mereka suatu hari nanti akan berjaya menjalankan aktiviti berniaga dengan lesen MPSP.

“Ini adalah projek perintis, jika berjaya di sini (Pasar Awam Sri Rambai), kita (MPSP) akan mempertimbang untuk diperluaskan konsep ini ke pasar-pasar awam yang lain,” jelas Micheal Tan kepada wartawan, selepas melawat pasar tersebut baru-baru ini.

Lai Shu Qua selaku Pegawai Seranta kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng, serta bekas Ahli Majlis MPSP, Chong Pei Pei turut pada sidang media tersebut.

Lagipun, menurut Micheal Tan, polisi ini sekaligus dapat mencegah kutipan wang sewa tapak jaja secara 'haram' tanpa kebenaran MPSP.

Tambah Micheal Tan, polisi tersebut dilakukan selepas Bahagian Pelesesan MPSP melakukan banjian awam kepada lebih 300 penjaja di sini, dan seramai 214 orang dipilih untuk menyertai projek perintis ini.

Justeru, beliau memberitahu bahawa pihaknya sedang mengkaji cadangan untuk mengeluarkan lesen penjaja khas untuk mereka yang terbabit dalam projek perintis ini, pada kadar bayaran RM16 setahun. 

Terdahulu, Pei Pei dalam Mesyuarat Penuh MPSP pada tahun lepas mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksakan polisi kongsi tapak jaja tersebut.

Selepas itu, polisi tersebut buat pertama kali dilaksanakan oleh pihak penganjur tempatan di Pasar Awam Juru, dengan pemantauan MPSP.

Projek kongsi tapak tapa jaja di Pasar Awam Seri Rambai ini pula merupakan projek perintis sulung MPSP, kini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus