19 August 2015

Guan Eng umum bantu waris lima mangsa korban bom Bangkok

KETUA Menteri (empat dari kiri) menyerahkan surat rakaman takziah kepada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha atas insiden ledakan bom di Bengkok 17 Ogos, melalui Ekajit Khaivichien (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri lain di sini, petang tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lima warga Pulau Pinang antara 128 mangsa kejadian ledakan bom di Bangkok pada 17 Ogos lalu sekitar jam 6.00 petang waktu tempatan.

Lim Saw Gaik, 49, Lee Tze Siang, 35, Lee Jing Xuan, 4, dan Neoh Yee Jai Jun, 20, antara empat yang disahkan terkorban, manakala, jasad Lim Su See, 52, masih dijejaki hingga kini.

Dua anggota keluarga lain,  Neoh Hock Guan, 55, dan Neoh Yee Ling, 33, masing-masing cedera parah, dan dalam proses dibawa pulang bersama-sama lima jenazah lain ke negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Thailand akan memberi sokongan berwajib kepada waris semua mangsa terbabit.

"Kerajaan Pulau Pinang menyatakan Solidariti dengan Kerajaan Thailand dalam tempoh berkabung bagi kehilangan yang besar ini.

"Saya juga berdoa agar kita (warga Pulau Pinang) mencari kekuatan dan kesungguhan untuk menghentikan kebinasaan daripada berlaku lagi," ujar Guan Eng selepas menerima kunjungan hormat Pegawai Konsulat Besar Thailand ke Pulau Pinang, Ekajit Khaivichien di sini, petang tadi.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng,  dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Dato' Seri Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri),  Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) dan Datuk Dr. Zailan Adnan (Pengarah Kesihatan Negeri).

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu bahawa pihaknya turut mengutus surat rakaman takziah kepada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha atas insiden yang berlaku.

Hadir sama, anak lelaki sulung kepada Hock Guan, Neoh Kah Loon, 26, bersama-sama rakannya, Tan Chong Cheng, 22.

Semasa bertemu Guan Eng, Kah Loon seakan memberi isyarat bahawa waris kepada semua mangsa yang terkorban memerlukan masa untuk menerima kenyataan atas insiden yang berlaku itu.

Manakala,  Chong Cheng dalam reaksi spontan memohon supaya Kah Loon sekeluarga terus tabah menghadapi ujian pahit tersebut.

Tragedi ledakan bom berhampiran kuil Hindu dekat Bangkok direkodkan meragut 20 nyawa, termasuk lima warga Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus