KETUA Menteri (tengah) pada sidang media di Komtar, pagi tadi. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Penutupan jalan secara berjadual setiap hari mulai awal pagi tadi di antara persimpangan Hilir Sungai Keluang 1 dan persimpangan Lebuhraya Kampung Jaya dekat Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas mengakibatkan kesesakan trafik yang luar biasa, sehingga menggamit amarah pengguna Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam reaksi spontan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemaju, UEM Builders Bhd. supaya mengadakan sidang media bagi mengemankini info trafik harian pada jam 12.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 4, Komtar, mulai esok.
“Ini adalah projek Kerajaan Pusat untuk membina bahagian special span (rentasan utama atau rentang tuju) lebuh raya bertingkat yang merintangi (Sungai Keluang), yang bernilai RM337 juta.
“Ini suatu krisis yang besar untuk Pulau Pinang, di mana kereta langsung tidak boleh bergerak, ia sesuatu yang harus dibaiki oleh pihak JKR.
“Saya telah berbincang tadi dengan JKR bahawa kita perlu memberikan kemaskini info setiap hari kerana (kesesakan trafik) ini suatu krisis yang besar,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam di sini, pagi tadi.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) turut menyertai sidang media tersebut.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) turut menyertai sidang media tersebut.
Menurut Guan Eng, cadangan JKR untuk melaksanakan penutupan jalan secara berjadual diterima oleh Kerajaan Negeri, demi mengelak insiden seperti runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP) yang meragut empat nyawa pengguna jalan raya tersebut pada awal bulan Jun 2013 daripada berulang lagi.
Sebelum itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Projek Khas Zon Utara JKR, Mohd. Yusup Zahidin dan Pengurus Pemajuan bagi UEM Builders Bhd., Ir. Ismade Ismail menjelaskan mengenai beberapa perkara berbangkit berhubung insiden kesesakan trafik tersebut.
Mohd. Yusup memberitahu, penutupan jalan secara berperingkat tersebut mungkin dilaksanakan dalam tempoh lima bulan, sungguhpun cadangan asal adalah selama tujuh bulan.
Manakala, Ismade pula memberitahu pihaknya melalui jemputan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan mengadakan interaksi dua hala dengan komuniti setempat berhubung insiden tersebut di dataran pasaraya SunShine pada Rabu, 19 Ogos mulai jam 8.30 malam.
Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bersama-sama Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) dalam satu sidang media pada 24 Jun lalu memberitahu, cadangan penutupan jalan secara berjadual tersebut demi membolehkan kerja-kerja pemajuan bahagian rentasan utama atau rentang tuju (speacial span) lebuh raya bertingkat yang merintangi Sungai Keluang dilaksanakan mengikut perancangan dan prosedur keselamatan.
Menurut Kon Yeow, cadangan penutupan jalan pada hari Isnin hingga pagi Jumaat dilakukan dalam dua sesi, iaitu mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan 9.00 malam hingga 5.30 pagi.
Tambahnya, cadangan penutupan jalan sepenuhnya pula akan dilakukan mulai jam 9.00 malam pada hari Jumaat hingga 5.00 pagi pada hari Isnin.
Difahamkan, tiga bahagian rentang tuju yang bakal dibina dalam projek tersebut umumnya adalah terpanjang di Malaysia, dengan ketinggian 390 meter, sepanjang 170 meter, selebar 18 meter, serta berat keseluruhannya 14,000 tan atau 6,400 berat berat minimum satu-satu bahagian konkrit tersebut.
"Binaan ini setinggi tiga bangunan, kira-kira 13 kali ganda lebih berat dari (bahagian konkrit penyambung) yang runtuh di Jambatan Kedua Pulau Pinang dahulu.
"(Rantang tuju) ini adalah paling besar di Malaysia untuk jalan empat laluan, sebab ada satu (rentasan tuju) di Sarawak sepanjang 180 meter untuk jalan dua laluan sahaja," jelas Ismade pada sidang media terus.
Sepanjang tempoh pemajuan, kenderaan dari arah George Town dan Queensbay Mall menghala ke Batu Maung dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JK2PP) akan dilencongkan ke Lebuhraya Kampung Jawa, melalui Jalan Sultan Azlan Shah, Hilir Sungai Keluang 4, Hilir Sungai Keluang 2, Hilir Sungai Keluang 1, Lintasan Bayan Lepas dan kembali semula ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang berhampiran JK2PP.
Kenderaan dari arah Batu maung dan JK2PP menghala ke arah Queensbay Mall dan George Town pula akan dilencongkan ke Hiling Sungai Keluang 1, melalui Hilir Sungai Keluang 2, Hilir Sungai Keluang 4 dan Jalan Sultan Azlan Shah, seterusnya membuat pusingan U di Persimpangan Jalan Mayang Pasir dan kembali ke Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu, sama ada melalui Lebuhraya Kampung Jawa atau Bulatan Bayan Baru.
No comments:
Post a Comment