14 July 2015

Ultra maraton 100KM bertaraf antarabangsa ke Bukit Mertajam 29 Ogos

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Larian penuh mencabar "Epic Valley Malaysia Eco 100 Ultramarathon" ke puncak Bukit Mertajam yang dianjurkan pada 29 hingga 30 Ogos depan diharap akan mereputasi lagi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan sukan lasak terpilih di rantau ini kelak. 

NG Seow Kong
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berkata impian itu boleh dicapai berdasarkan pengalaman penganjur, Endurance Nature yang diketuai oleh pelari ultra maraton dunia Ng Seow Kong, 53.

RM20,000 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk acara sulung itu.

"Kepulangan Ng Seow Kong yang pernah menjadi warga Asian pertama yang berjaya menamatkan cabaran Grand Slam di North Pole (2008), warganegara pertama yang berjaya menamatkan larian mencabar peringkat dunia Tenzing Hillary Everest Marathon di Nepal pada Mei 2007 dan banyak lagi, Kerajaan Negeri berharap semua rekod dunia ini boleh menjadikan Pulau Pinang yang mempunyai hutan daranya tersendiri sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan lasak pilihan dunia suatu hari nanti," ujar Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang pada majlis promosi media di sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk), Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti) dan Amir Md. Ghazali (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) turut sertai sidang media itu.

Chong Eng turut merakamkan penghargaan kepada penaja utama sukan lasak tersebut, iaitu Pengerusi Epic Valley Holdings Berhad, Tan Sri Dr Fng Ah Seng, serta sokongan Sin Chew Daily selaku media rasmi program.

Sebelum itu, Seow Kong menjelaskan bahawa acara tersebut terdiri oleh tiga kategori, iaitu 100 kilometer ultra maraton, 50 kilometer maraton dan 13 kilometer larian ria.

"Ultra maraton ini akan merentas laluan mencabar seperti ladang sawit, getah dan nanas, menelusuri kampung -kampung Melayu dan Cina, serta mendaki bukit-bukau di To'Kun.

"Maraton penuh cabaran ini akan bermula pada jam 10.00 malam (29 Ogos) dari Kampung Sungai Lembu di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penanti ke Berapit, Machang Bubuk dan kembali di garisan penamat di Kampung Sungai Lembu, yang larian mengambil masa hampir 24 jam.

"Larian separuh maraton 50 kilometer yang dijangka memakan masa selama 14 jam akan bermula dari tapak parkir Bukit To'Kon pada jam 8.00 pagi (30 Ogos) dan dijangka selesai serentak dengan peserta ultra maraton di Kampung Sungai Lembu pada jam 10.00 malam (hari sama).

"Begitu jua dengan larian ria 13 kilometer yang dilepaskan lebih lewat dari itu, tetapi diharap menyudahkan cabaran di garisan penamat sebelum jam 10.00 malam juga," jelas beliau.

Katanya lagi, penganjuran kali ini diharap menerima penyertaan antara 350 hingga 400 orang, sebelum acara seumpamanya pada tahun 2016 yang mensasarkan 500 pelari maraton.

Tambah beliau, sekurang-kurangnya 150 sukarelawan rasmi mungkin diperlukan demi melancarkan proses maraton itu nanti.

Yuran pendaftaran secara online di website www.endurancenature.com untuk kategori 100 kilometer ultra maraton adalah sebanyak RM350 seorang, diikuti RM350 (50 kilometer) dan RM40 (13 kilometer).

"Tiada hadiah tunai untuk semua kategori ini, tetapi akan dekat baju T istimewa bagi yang berjaya mendepani cabaran dalam diri sendiri hingga ke garisan penamat," jejas Seow Kong lagi.

Hubungi Ng Seow Kong (013-2776289) or Allan Lee (016-3230523) untuk mendapatkan informasi lanjut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus