05 July 2015

Parit monsun RM354,000 bawa manfaat kepada 2,000 keluarga, kata Guan Eng

Ketua Menteri serta tetamu Kerajaan Negeri yang lain meninjau parit mongsun Taman Bagan yag siap dibina dan beroperasi di sini, pagi tadi.
LIM Guan Eng menyampaikan ucapan perasmian pada majlis di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Lebih 2,000 keluarga khususnya di sekitar Taman Bagan dan Taman Cantik akan mendapat manfaat daripada pemajuan pintu air parit monsun bernilai RM354,000 yang baru siap beroperasi di sini pagi tadi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, projek berimpak tinggi tersebut diharap mengurangkan lagi risiko banjir terutama semasa air sungai pasang atau hujan lebat berpanjangan di sini kelak.

"Projek berimpak tinggi ini diharap akan mengurangkan lagi risiko banjir di sini, dan yang lebih penting ia akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 keluarga," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Thanasekaran, Setiausaha Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud dan Micheal Tan Cheong Heng (Ahli Majlis MPSP) turut menyertai Majlis Perasmian Projek Membina Pintu Air Di Parit Monsun Taman Bagan, Butterworth.

Difahamkan, projek yang dilaksanakan selama 24 minggu mulai 18 Novermber lalu dan siap pada 15 Jun lalu tersebut dimajukan oleh kontraktor MSA Venture serta perunding JPNS Sdn. Bhd.

Sebanyak RM354,000 daripada peruntukan Wang Caruman Perparitan itu diluluskan untuk membiayai kerja-kerja piling, pembinaan pintu air, 'roadworks' dan 'miscellaneous'.

Guan Eng memberitahu bahawa beberapa lagi projek berimpak seumpama itu turut dirancang di bahagian Seberang Perai dan Pulau, demi menangani risiko bencana banjir di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus