05 July 2015

ADUN agih juadah sahur di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya

DR. Afif Bahardin menyantuni salah seorang doktor bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya, 4.30 pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin awal pagi tadi mengagihkan sejumlah juadah sahur kepada doktor dan jururawat di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya pada awal pagi tadi.

Menurut Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan berkenaan, program seumpama itu adalah buat pertama kali dianjurkan oleh pejabatnya demi menghargai sumbangan mereka berkenaan.

"Jika askar dihargai kerana jasa mereka bertahan di perbatasan tanah air, para doktor dan jururawat Hospital Seberang Jaya khususnya di Jabatan Kecemasan ini juga sebenarnya memberi sumbangan seumpama itu di medan mereka, untuk kita hargai," jelas Dr Afif kepada wartawan, selepas selesai mengagihkan sendiri juadah bersahur di sini.

Hadir sama, bekas Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Abdul Jalil Che Ros.

Wakil Hospital Seberang Jaya dalam reaksi spontan merakamkan penghargaan atas inisiatif Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya itu, walaupun dihambat pelbagai program lain sepanjang bukan Ramadan kali ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus